Monday, May 12, 2014

Salam.

Aku tak pandai bercerita. Aku tak pandai nak meluah perasaan.  

Kadang2 banyak yang terpendam dalam hati, rasional akal terganggu dengan kata-kata yang bermain di fikiran. Namun, bila  menulis rasa seolah-olah berkongsi dengan satu dunia. Padahal hakikatnya hanya aku  sahaja watak dalam disini, tak ada yang lain yang berminat. 

Aku rasa lost, hilang dalam diri sendiri. Lupa matlamat, tujuan dan misi, lalai dengan permainan emosi. Kamar menjadi teman sejati, berkongsi tangisan saban hari. Aku yang lemah atau dunia ini tidak adil? 

Aku tahu banyak kekurangan dari diri, aku sedar punyai ragam dan karenah tanpa henti. But it is me

Rasa sakit itu subjektif, mungkin aku terguris namun biasa pada yang lain. Kadangkala biasa bagi aku namun melukakan hati yang lain. Rumit. Sukar untuk aku telan. 

Hakikatnya aku perlukan seorang pemimpin jiwa. Pemimpin jiwa yang meluruskan tulang rusuk kirinya yang bengkok itu secara perlahan agar ia tidak patah. Supaya jiwa ini tenang dan tidak memberontak. 

Aku terlalu kejar kemahuan sehingga lupa untuk perbaiki diri. Mungkin aku perlu masa berdua dengan Penciptaku agar aku tidak terasa kehilangan, supaya aku tak terperangkap dalam ruang masa yang memanggil memori lampau. 

Sakit bila mengimbau. 

Do you still remember?


It's not how u love and treat me know. What's matter is until when u can still do it.

If yes, sekarang dah tiba masa untuk mengerti maksud aku dulu. Aku tak menyalahi takdir, cuma sedikit rasa kesal dengan keadaan. Mungkin kau akan persoalkan masalah, namun kau tahu apa yang aku tak ungkap sekiranya kita masih berkongsi hati. 

Mungkin ramai diluar sana bertepuk tangan lihat pergolakan kita. Aku tak mampu untuk pegang, ikat tangan mereka. Hanya mampu berdusta yg semuanya indah antara kita. 

Aku tak pasti bila kau akan baca semua ni. Mungkin kita masih bersama, atau mungkin tidak. Aku mahu berterima kasih pada kau tak kira apa jalan kita ambil, episod yang kau bawa dalam hidup aku adalah satu yang terindah. 

Selamat malam. 


No comments: