Tuesday, May 10, 2011

.KITA AMAT BERUNTUNG.

Betapa beruntungnya kita sebagai hambaNya..
Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan
motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi
segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...

Kenapa AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KENAPA MERASA KECEWA

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Semoga ianya menjadi melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita….
ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA…BAGAIMANA KITA????

Sumber: 
IbNu_IsMaIL
Editor:PenaHalaqah

.ADIK.

assalamualaikum..hai hai..

ehem. ehem. *testing suara*
eh..camne cuti korang. besh? aku? ala.. bosan..bosan.. xde adik kat rumah.. beliau kat asrama.. rindulah :(



adik rindu k'imi x? 

"x"

sobbsss..(-_-.)

adik..tahu x.. kalo xde adik..

sape nak bersihkan taik kucing..sape nak amek air untuk k'imi..sape nak buat roti untuk k'imi..sape nak kaco k'imi tido..sape nak wat kucing marah..sape nak wat k'imi marah..

sunyilah xde adik :'(

tapi x pelah..adik pergi belajo kan..jgn sia2kan lah peluang yang ada.. 
adik cerdiklah.selalu nya game yang IQ-IQ ni adik hebat.. kalahkan k'imi kan..kan..
belajo sgguh2 cz ur success is my pride (^_^)

kali ni balik kg pon xde adik.. k'imi balik sehari je xlama..selalunya adik suke singgah petronas beli mknn.. tapi ari ni k'imi gi sorang2 je tw.. bosannye lah.. dalam kete pon takde adik.. :( k'imi dengan mama je. mama tadi mengantuk masa bawak kete.. so k'imi tak leh tido.. selalunye adik yang  teman mama..

*tahan ngantuk dalam kereta pjalanan pulang dari kg*

nanti adik cuti seminggu x lama lagi dapat lah kte spend masa.. tapi hujung tahun ni x boleh la sebab k'imi takde cuti.. tapi abang ade :)  jangan nangish2 ye i hate ur tears..ehem. memory card untuk psp adik k'imi x dapat nak belikan.. kewangan x stabil ni.. sobss sobss.. nenanti lah ye adik.. hehe

oklah.. adik mesti x baca punye blog k'imi tapi adik balik nanti k'imi pakse adik baca macam adik selalu pakse k'imi tengok adik punye B-Daman dan PSP. fair kan? :) tengkorak yang adik bg kat k'imi tu ada kat UTM.. adik punye warna hijau k'imi punya warna putih.hehe. :)

ok.sekian.. i mish u (-_-,)

*sempat lagi membajet tu wuuuu*

ok cukup2.. :)
 assalamualaikum