Tuesday, August 28, 2012

WITH THEM

Assalamualaikum

Lepas beraya kat Pahang masa raya pertama, dalam tengahari tu aku balik Tg Karang, Selangor. Beraya kat  Selangor seronok sebab aku lagi rapat dengan sedara mara belah sana. Kurang sket keawkwardkannya.  Sepupu tak ramai pun, dua orang je. Keluarga kecik.

Bila aku balik Selangor, aku rasa nak temankan tokha. Tidur kat rumah dia.  Maklumlah dah berusia, dia nak duduk rumah sendiri. Nak jalankan semula rutin harian dia, siram bunga, kemas rumah n lain2. Bila tokman dah takde aku rasa kesian kat tokha, semua dia kena buat sendiri. Mujur nenek aku jenis kuat semangat. Tapi aku sangat kagum dengan kisah dia dengan Tokman. Aku harap rumahtangga aku satu hari nanti macam Tokha dan Tokman.

Aku, abang dan mama dah cadang nak pergi Sunway Lagoon. Tapi disebabkan beberapa masalah, tak boleh nak proceed. Takpelah mungkin lain kali kan. Jadi abang tukar plan hangout dengan sedara mara, pergi main bowling. Ahh macam biasalah, aku manalah reti main bowling. Dapat num second last pon buleh jadi kebanggaan dah tau. #Pheww







I'll miss them.

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum

Berkat duit kuih raya yang dibuat pada bulan Ramadhan, dapatlah juga aku beli henset baru. Yang termampu aje. Tak mahal. Beli sama dengan member kononnya nak BBM haha. Mula-2 taknak blackberry pastu dah terbeli. Lama-2 jadi suka pulak. Ala2 tak kenal maka tak cinta lah kan. Haha. 



Tahun ni aku beraya kat kampung aku kat Temerloh, Kampung Tebal. Aku jarang-2 balik kampung kat Pahang. Malang sangat pagi raya aku sebab baju raya aku tak siap. Makcik tu lupa nak buat. Mujurlah ada baju raya ihsan orang tuu.  Takdelah aku sebak sangat kan pagi raya hewhew.

Aku sorang je kaler hitam, yang lain2 kaler merah.
Tahun ni parents aku terbeli daging lebih. 6kg. Memang tak termakan lah oleh adik beradik aku yang sangat ramai ini. Jadi tahun ni parents aku buat rumah terbuka. Aku tak jemput pun kawan-2 aku sebab aku tahu nanti mesti sibuk nak kemas dapurlah apalah mesti tak terlayan kan. Padahal masa hari kejadian aku takdelah bz sangat, sampai sempat pergi beli kulblog dengan adik. Sobs tipu.

Rumah yang bersepah lepas abis openhouse. Kuih bawak dari kampung, tak sempat nak transfer dalam bekas berambu ramba. Dasar pemalas :/
Konon-2 penat lepas openhouse. Hakikatnya aku tak buat banyak kerja pon. 
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin untuk semua kenalan.

#Walaupun macam-2 jadi, aku malas nak sedih. Penat. 
#Tak sabar nak balik UTM walaupun segan dah gemuk!