Satu malam sedang-2 aku nak tido, taste buds aku tiba-2 dahagakan kasih sayang durian crepe. Maka jari-jemari segera bertindak google tempat beli durian crepe di Temerloh. Usaha aku sia-2 sebab carian tak memaparkan hasil yang diingini. Maka aku google pula resepinya, save dalam telefon murah bercasing hijau muda.
Kasihan ibunda yang kalah dengan desakan, terpaksa membeli bahan-2 untuk anaknya yang kesunyian dirumah. Mula-2 dengan penuh semangat, sampai tak nak tolong ibunda masak untuk lauk makan malam. Tapi kecewa, sebab durian tak dapat dijumpai semalam. Jadi aku try-2 buat cover dia dulu, warna hijau menjadi pilihan. So hari pertama makan zero crepe, crepe tanpa isi. Jelik.
Hari ini aku dengan tekadnya mahu menyempurnakan crepe. Dengan tanpa belas kasihannya aku memaksa ibunda mencari buah-2an. Alhamdulillah hari ni mama berjaya menemui durian. Maka bersilatlah aku didapur tengah hari tadi, maklumlah orang jarang ke dapur, sekali ke dapur memang berasap. Mula-2 nak buat cover dia guna kuali biasa, tapi kena letak minyak dan nampak tidak wajar crepe itu. Separuh bancuhan dibazirkan begitu sahaja kerana cover crepe berminyak mengerutu dan huduh sekali. Jadi aku pun berpindah pada non-stick pan untuk telur, jadi cover crepe itu saiz telur sahaja. Selesai cover crepe, aku meneruskan agenda dengan memukul whipping cream. Mesin pemutar yang dah uzur menyukarkan kerja aku, sampai habis merecik satu dapur dengan whipping cream. Berantakanlah dapur itu akhirnya.
Siap cover, whipping cream, aku tunggu mak aku balik bawak durian. Lepas tu aku mintak tolong mama bungkuskan crepe sebab aku dah ala-2 fedup dengan aktiviti tengah hari tadi. Inilah crepe saya, tak cantik tapi masih crepe hehe.
Bahan-2 untuk cover dia, aku malas gaul dan kacau so aku blender hehehe.
Setelah diblender rapi
Cover crepe yang dah digoreng
Letak whipping cream
Letak durian
Sebab aku punya cover kecik, so aku tukar dari bentuk bantal jadi bentuk karipap hehe
Tak cantik wajahnya. :')
Walaupun serba kekurangan lain kali saya akan cuba lagi, kalau rajin hehe. Resepi diambil dari sini. Sekian. Caucincau.








No comments:
Post a Comment