Saturday, January 19, 2013

Assalamualaikum.

Hari ni saya akan pulang ke Tanjung Karang yang tersayang. Sepanjang 2,3 hari cuti ni, saya hanya mampu makan dan tidur, sangat proaktif. Yelah, saya kasihankan lemak saya, dia pon perlukan rehat dan kasih sayang. Saya akan manjakan dia cuti ni, itu azam saya. 

Malam Rabu hari tu pegi StarMall, tengok wayang. Takde cerita best, so last choice The Tower. Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang. Cerita Korea, tapi pandai main dengan emosi. Awal-2 punya bahagia tapi lepas tu teruknya. Waa sedih aku. Aku malas nak cerita sinopsis dia, boleh youtube trailer dia. Tapi ntahh, memang kilang air mata betul saya ini, cerita aksi-2 ngeri camtu boleh bergenang sobs-2. Silalah tonton. 

Malam tadi tengok Zorro. Mama cerita-2 dengan aku, tapi aku tak larat nak cakap sebab lelangit aku luka teruk. Maklumlah gelojoh jumpa ikan patin, kan dah dapat ubat dia. 

Mama : Mimi, mama ada mende nak cerita. 
Aku    : Apa dia ma. 
Mama : Ada budak tu kan, dari waktu sekolah mama tengok tak abis-2 dengan henset dia,
            tot tet tot tet  mesej. *sambil gelak*
Aku    : Kenapa gelak apa yang lawaknya ma. :/
Mama : Ntah lah tak bosan ke.. *Nganjing-2 mesej aku*


Grr. Mak aku memang suka buka fon aku dan baca mesej. Selalu terkantoi dia buka mesej aku time aku tido. Dah tu time aku mesej dia suka menjenguk ni. Bukan apa takde mesej apa pon, mesej kawan2 je tapi waaa mana boleh baca mesej orang hehe. Sepesen lah perangai dengan adik aku. Suka baca mesej pastu nganjing. Aku ialah manusia yang teraniaya maka makbul doanya sobs hehe. 

Adik kat rumah, aku baru balik Merrybrown dan belanja dia kulblog. Aih pisau cukur sorang ni kalau duduk sebulan mahu habis tiga digit juge. Mujurlah dia jenis tak kedekut, selalu juga belanja aku. Tapi dia dah pandai nak carik hadiah untuk kawan perempuan dia. Huh. Baru form 3. Aku dulu mana ada macam dia, baik je. hihihihihihi. Gurau. Tapi frust dia taknak ikot balik kampung, ada kelas tambahan lah apa lahh. Alah, PMR je pon. Tengok macam Kak Mimi tak sedar tahu-2 dah amek dah PMR hehe. 

Kereta apa kabar? Ah beliau tak sihat, boleh jalan kedepan tapi tak boleh mengundur. Lawak bila aku dan adik terpaksa tolak kereta untuk parking. Hm. Nak kereta baru tapi result semester ni macam tak meyakinkan so aku tak berani nak buat rayuan, dan ni  buat aku tak sabar nak kerja. Baby Hulk dah macam kaki aku, tanpa dia aku rasa kudung, sebelah kaki. Gearbox rosak, gearbox dhongg. Pergi ke Perodua, ori RM8000 secondhand RM2000. Tu belum lagi kedai cina. Mujurlah aku hujan ribut haritu bergolek-2 kesedihan kat rumput sebab kereta rosak, ayah aku suruh bawak balik nanti dia setelkan. Alhamdulillah. Semoga semuanya ok, i'll miss you baby hulk. 

Petang ni nak balik, satu habuk belum packing. Macam menempah kemarahan kalau lambat, pastu mengamuk kalau dikatakan lembab hehehe. Ok packing dulu. Bye2

Without her, i won't be here

No comments: