Monday, May 13, 2013


Hai ni dila. mcd dengan dia semalam. Baru ingat nak duduk sana lama sikit, merengek2 dia nak balik :p Konon study tapi mengunyah je kerja.

Farek tweet hehe

Dila senior sekolah aku dulu, masa aku form 1 dia form 3, tp nampak macam aku yang kakak kan. hehe. Dia beli fon baru, guna rebate. Ala nak jugak rebate. Nak jugak fon baru. Dia tambah RM50 dapat fon jenama mende Alcatel ke apa. Tapi smat jugak. Gambar kat atas ni guna kamera aku, kat bawah ni guna kamera dia. Nampak sangat fon aku low quality hihi. 


Kat kelas tadi. Smatday pakai tshirt, tudung yang tak payah iron. Pemalas. Test ntah apa2. Kind of bad day. Banyak lagi group project yang tak siap. 4 latest project, group leader. Cepatlah abes final. :( Nak balik rumah, makan tidur n tengok runningman dengan abang. 

Nak rehat je malam ni. Taknak buat apa2.
Bye.

Sunday, May 12, 2013



Wish us luck for tomorrow test. :')

Saturday, May 11, 2013


Salam. 

Kebelakangan ni aku selalu susah nak tidur. Maybe overthink kot. Ee kenapa aku rasa sedih sangat. Semalam girl-talk dengan Lin. She said that there's someone for me someday, dan sebagainya. haha dia macam faham2 je aku tengah camni kan. Dia cakap suruh aku buat solat istikharah mintak petunjuk.  Bodek bodek aku sikit but I feel some kind of relief. :) My roomate pun support me on move on thingy,  then i feel free to share with her about everything. Then mimie pon pesan kat aku, cinta tak mengenal paras rupa, he should accept me for what I am. Haha. Jiwang mimie kan. Beselah orang tengah tak sabo nak kawin, camtu lah. Sorang lagi cakap kat aku pas tengok movie ritu, dia cakap you deserve the best. Tp only the best will get the best kan hehe.  I know it's not totally true tapi thanks kawan. Aku paling bertuah ada kawan2 yang baik hati. Thanks ya Allah. There's no reason for me untuk sedih lagi. :) 


Nak tidur lena malam ni. Tekad. 


Assalamualaikum

Teman kak sedara aku pegi zoo rini. Penatnya. Pegi baju kering, balik basah boleh perah kot. Dia yang teringin sangat nak pergi zoo, sayang binatang katanya. Kat rumah macam2 dia bela, ayam arnab hamster kucing dan pelbagai jenis ikan. Takpelah lepas dah hajat dia nak pergi zoo. Tanya dia bes tak, dia dengan terpaksanya cakap bes hehe. 

teman farek pergi kedai spek mata. dia terduduk atas spek masa khusyuk gayut dengan jidan
Kembar hihi
Senonohnya duduk. Penatt. :'(



Ada orang bermanja. hehe. 


Wednesday, May 8, 2013

OI. SIBUK JE. 

Assalamualaikum.

Hai.

Petang tadi pegi Lawatan Industri kat pelabuhan Tanjung Pelepas kot nama dia. Besar tempat dia. Besnya kalau dapat kerja situ. Abang kat situ cakap, kalau nak kerja situ kena pass banyak test, test fitness, iq, bi, mechanical. Confirm semua tak pass. :'( Abang tu pun speaking fluent je, kagum betul. 

Esok ada test modelling. Bukan test untuk jadi model. Fail. Haha. Mathmodel. Ntah belajar apa taktahu satu semester ni. Tak tahu nak study apa. Hm takpelah. Ni test yang ke berapa ratus aku amek sejak dari kecik kan. Takpee. Sedapkan hati. Test je. hehe.

Hm. Nak keje mende nanti. Nak sambung ke nak keje. 

Runsingnya. 

Bye.



Nampak betul beza camera bese (atas) dengan camera 360 (bawah). Magic skin. haha. tipu. bye.

Tuesday, May 7, 2013

Setiap kali makan ramai-ramai, mesti makanan terakhir takde sape nak amek. Kalau cekodok 10 ketul, akan tinggal seketul terakhir, takde sape nak makan. Tak tahu kenapa. 

Untuk habiskan jugak makanan,  kawan2 aku akan cakap siapa makan yang last ni dapat suami soleh. Then aku akan sungguh2 berebut makanan yang last tu.

So menjadi jugak teknik suami soleh ni untuk elak membazir kan.

Betul ke tak, tak tahu.

Khurafat je. 

Hehehe.