Thursday, August 30, 2012

OLD FRIENDS

Assalamualaikum

Tengahari tadi aku jumpa semula kawan-2 yang last aku jumpa masa awal tingkatan 4 dulu. Mula-2 segan, taknak jumpa. Maklum lah aku tengah obesiti sekarang neh kann. Tapi bila dah jumpa rasa sedih pulak masa nak balik tu. Yelah kan, bila pulak nak cuti nanti. Kawan aku nama Azwa dan Zati.

Jumpa kat KFC je. Sebab aku pon takde transport. Sabtu ni baru abang balik dan bagi semula kereta. Kereta dia kat bengkel pon dah nak siap. Mujurlah mama leh hantar, dan kakak kawan aku ni boleh hantar pergi kedai mama aku. Pas siap makan, jalan The Store jap. Dah puas try semua kasut, baru balik. Berkesan jugak plan mak aku yang bagi RM30 je pastu kad dia pegang. Takdelah melayang duit kat mende-2 tak patut, ye dak? hehe. Pastu Azwa pulak belanja aiskrim. Timekaseh. Zati takmo makan eskrim sebab nanti gemuk. Patutnya aku mencontohi dia. Sobss.

Rasa rindu nak jumpa kawan-2 yang lain, Iema, kawan-2 5 Dinawari, roomate aku masa f5. Rindu sangattt. Tapi segan. Gemuk.



I'll miss you.

Bye.

CHILDHOOD

Cu, ni muka nenek masa kecik2 dulu. Zaman nenek gambar dah berkaler, bukan hitam putih dah!


Bye.

Wednesday, August 29, 2012

SEMUA ITU BOHONG




Edit dan tak edit.

Gambar sekarang semua tipu.

Jangan cepat percaye.


Takde sape nak upload gambar buruk jadi DP.

haha. bye.

Tuesday, August 28, 2012

WITH THEM

Assalamualaikum

Lepas beraya kat Pahang masa raya pertama, dalam tengahari tu aku balik Tg Karang, Selangor. Beraya kat  Selangor seronok sebab aku lagi rapat dengan sedara mara belah sana. Kurang sket keawkwardkannya.  Sepupu tak ramai pun, dua orang je. Keluarga kecik.

Bila aku balik Selangor, aku rasa nak temankan tokha. Tidur kat rumah dia.  Maklumlah dah berusia, dia nak duduk rumah sendiri. Nak jalankan semula rutin harian dia, siram bunga, kemas rumah n lain2. Bila tokman dah takde aku rasa kesian kat tokha, semua dia kena buat sendiri. Mujur nenek aku jenis kuat semangat. Tapi aku sangat kagum dengan kisah dia dengan Tokman. Aku harap rumahtangga aku satu hari nanti macam Tokha dan Tokman.

Aku, abang dan mama dah cadang nak pergi Sunway Lagoon. Tapi disebabkan beberapa masalah, tak boleh nak proceed. Takpelah mungkin lain kali kan. Jadi abang tukar plan hangout dengan sedara mara, pergi main bowling. Ahh macam biasalah, aku manalah reti main bowling. Dapat num second last pon buleh jadi kebanggaan dah tau. #Pheww







I'll miss them.

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum

Berkat duit kuih raya yang dibuat pada bulan Ramadhan, dapatlah juga aku beli henset baru. Yang termampu aje. Tak mahal. Beli sama dengan member kononnya nak BBM haha. Mula-2 taknak blackberry pastu dah terbeli. Lama-2 jadi suka pulak. Ala2 tak kenal maka tak cinta lah kan. Haha. 



Tahun ni aku beraya kat kampung aku kat Temerloh, Kampung Tebal. Aku jarang-2 balik kampung kat Pahang. Malang sangat pagi raya aku sebab baju raya aku tak siap. Makcik tu lupa nak buat. Mujurlah ada baju raya ihsan orang tuu.  Takdelah aku sebak sangat kan pagi raya hewhew.

Aku sorang je kaler hitam, yang lain2 kaler merah.
Tahun ni parents aku terbeli daging lebih. 6kg. Memang tak termakan lah oleh adik beradik aku yang sangat ramai ini. Jadi tahun ni parents aku buat rumah terbuka. Aku tak jemput pun kawan-2 aku sebab aku tahu nanti mesti sibuk nak kemas dapurlah apalah mesti tak terlayan kan. Padahal masa hari kejadian aku takdelah bz sangat, sampai sempat pergi beli kulblog dengan adik. Sobs tipu.

Rumah yang bersepah lepas abis openhouse. Kuih bawak dari kampung, tak sempat nak transfer dalam bekas berambu ramba. Dasar pemalas :/
Konon-2 penat lepas openhouse. Hakikatnya aku tak buat banyak kerja pon. 
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin untuk semua kenalan.

#Walaupun macam-2 jadi, aku malas nak sedih. Penat. 
#Tak sabar nak balik UTM walaupun segan dah gemuk!

Sunday, August 12, 2012

RUJUKAN


#Need this picture untuk rujukan sem depan. Malas fikir2 susunan hehe :/

FAR APART

 Assalamualaikum

Mungkin lebih berat tanggungjawab si pertama. Mungkin satu kelegaan kerana dia sudah berjaya menempatkan diri di sebuah syarikat. Melihat bagaimana dia di alam pekerjaan membuatkan aku menghargai detik-2 aku sebagai seorang mahasiswi. Menerap kuih di bulan Ramadhan sahaja aku dah kebosanan, apakah lagi membuat pekerjaan yang sama setiap hari,  untuk sepanjang hayat. Bagaimana aku nanti? :/ 

Si ketiga masih lagi di asrama. Tak boleh disangkal, si ketiga memang seorang perfectionist. Dia merasakan tak boleh ada kekurangan dalam dirinya. Masih keliru dengan persahabatan dan kekeluargaan. Takut dikatakan oleh rakan-2 sebagai anak manja, dalam masa yang sama mahu menghabiskan masa dengan si pertama dan kedua. Membuatkan aku menjadi serba salah, namun aku lebih pentingkan diri. Bukan selalu aku dapat meluangkan masa dengan si ketiga.

Dan aku di kedua, jarang pulang ke rumah melainkan cuti semester. Rakan-2 keluargaku juga tak mengenali aku kerana tidak pernah melihatku. Sejarang itukah aku pulang? Bukan hendak menidakkan, namun aku rasa lebih selesa di sana, mungkin kerana di sini bukan tempatku. Mungkin bukan tempatmu jua, si pertama dan ketiga. Di sini tersekat kebahagiaan. 

Bunga api dan mercun memecah kesunyian malam tadi. Keringat kegembiraan turut menemani. Kejauhan membuatkan seseorang lebih menghargai tentang kasih sayang. Semakin kita meningkat dewasa, makin banyak yang akan kita belajar dan peroleh, makin banyak jua yang harus kita korbankan. 




P/s:  Hari ni hari puasa yang ke 2, lagi tinggal 6 hari lagi nak berpuasa. Ah tak sabarnya nak raya, kena fikir-2 ayat minta maaf pagi raya nih :/ 



Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.