Mungkin lebih berat tanggungjawab si pertama. Mungkin satu kelegaan kerana dia sudah berjaya menempatkan diri di sebuah syarikat. Melihat bagaimana dia di alam pekerjaan membuatkan aku menghargai detik-2 aku sebagai seorang mahasiswi. Menerap kuih di bulan Ramadhan sahaja aku dah kebosanan, apakah lagi membuat pekerjaan yang sama setiap hari, untuk sepanjang hayat. Bagaimana aku nanti? :/
Si ketiga masih lagi di asrama. Tak boleh disangkal, si ketiga memang seorang perfectionist. Dia merasakan tak boleh ada kekurangan dalam dirinya. Masih keliru dengan persahabatan dan kekeluargaan. Takut dikatakan oleh rakan-2 sebagai anak manja, dalam masa yang sama mahu menghabiskan masa dengan si pertama dan kedua. Membuatkan aku menjadi serba salah, namun aku lebih pentingkan diri. Bukan selalu aku dapat meluangkan masa dengan si ketiga.
Dan aku di kedua, jarang pulang ke rumah melainkan cuti semester. Rakan-2 keluargaku juga tak mengenali aku kerana tidak pernah melihatku. Sejarang itukah aku pulang? Bukan hendak menidakkan, namun aku rasa lebih selesa di sana, mungkin kerana di sini bukan tempatku. Mungkin bukan tempatmu jua, si pertama dan ketiga. Di sini tersekat kebahagiaan.
Bunga api dan mercun memecah kesunyian malam tadi. Keringat kegembiraan turut menemani. Kejauhan membuatkan seseorang lebih menghargai tentang kasih sayang. Semakin kita meningkat dewasa, makin banyak yang akan kita belajar dan peroleh, makin banyak jua yang harus kita korbankan.
P/s: Hari ni hari puasa yang ke 2, lagi tinggal 6 hari lagi nak berpuasa. Ah tak sabarnya nak raya, kena fikir-2 ayat minta maaf pagi raya nih :/
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
2 comments:
samalah kita...
dulu masa belajar kat johor jarang sangat balik rumah..
sekarang bila dah keje kat KL kadang2 pergi surau pun ramai kawan2 ayah ngan ibu x kenal saya..
Hm betul2.masa belum kerja ni lah kena kerap pulang kat rumah kan.
Post a Comment