Saturday, October 20, 2012

2ne1 is right.


You really suck. 
I have no reason to see you.
This world is filled with guys like you.

You suck. 
Your flaws are countless.
To just put up with it and love you is a waste of time.

I hate you. 
I’m fine living without you

My memories with you consist only of memories waiting for you.
No matter how much I put up with it, and put up with it, it wouldn't end
I wanted to hear those words, “I love you”
Your unconcerned love, 
I grew tired of it.

It feels terrible.  I threw all my pride away
I’m sad, is this all I’m worth?
I’m worried, now, of the four-letter word, LOVE
I’m scared, you’re hilarious

Half the words coming out from your mouth are lies
No matter how many times you deceive me and deceive me, it wouldn’t end
Someday you will meet a girl like you too
Once you feel the pain, you’ll know how I feel

It feels terrible, there was never such thing as a hero.
With a happy ending, was I too naive like a fool?
It turned out for the better since now I figured you out
I’m going to leave, you really suck

I feel relieved, 
I feel so much better
Down to the bone I’ve erased every last memory of you

October-10


Deep sigh

Assalamualaikum.

October-10

Emo post ke.. haha gulp. Seronoknya jadi 3rd year student, satu hari satu kelas kecuali hari Selasa dan Jumaat. Hanya 14 jam kredit pada sem ni, tak sesibuk Sem2 yang lepas.  Jawatan dalam PESAT pun dah dilepaskan, semoga yang baru akan membawa kepimpinan yang lebih cemerlang. Macam-2 perkara yang nak dipesan pada yang baru, tapi banyak dipendam sebab biasnya bukan pada kita. Bila jadual dah kosong, hidup diisi dengan makan dan tidur membawa kepada penambahan kilogram. Sebak sebak.

Supposely proposal PSM dah kena submit, tapi lalainya aku tak buat apa-2 lagi. Serius lalai. Sekarang bila dah down baru aku sedar langit tinggi rendah, kalau tak asyik nak bergembira je kann. Loker dan meja bersepah2, sayang betapa lalainya aku sebelum ni. Buang masa pada yang tak perlu. Fikir panjang, hati rasa gelisah. Mungkin sedikit kekesalan. 

Mungkin aku yang terlalu emosi, atau Allah memang mahu menguji. Dah lama rasanya kilang air mata tak deras macamni, mungkin sebab dah terlalu banyak pendam. Memang kekurangan diri untuk ceritakan masalah pada kawan2 sebab takut tak dapat kawal perasaan, jadi memilih untuk pendam sampai segalanya selesai. Till one day, everything will remain as story. Just a story. *yawn

Facebook dah deactive, fon dah offline. Bunyi macam lari dari masalah, tapi hakikatnya rasa tak sanggup nak menyakitkan hati sendiri. Lebih baik fokus dan belajar kasihankan diri sendiri. Buat baik pada orang, orang akan pijak kepala. Buat jahat, dibenci. Herm no doubt, that's life. :'/

Memaafkan lebih baik mungkin. Cuma aku mahu Allah membalasnya setimpal supaya kau sedar. 

Baiklah. A new start. May Allah bless. I just have to be strong. :) 

Mengalah tak semestinya salah, memaafkan tak membawa maksud kalah. 


Happy birthday Farah Nurain :)



Thursday, August 30, 2012

OLD FRIENDS

Assalamualaikum

Tengahari tadi aku jumpa semula kawan-2 yang last aku jumpa masa awal tingkatan 4 dulu. Mula-2 segan, taknak jumpa. Maklum lah aku tengah obesiti sekarang neh kann. Tapi bila dah jumpa rasa sedih pulak masa nak balik tu. Yelah kan, bila pulak nak cuti nanti. Kawan aku nama Azwa dan Zati.

Jumpa kat KFC je. Sebab aku pon takde transport. Sabtu ni baru abang balik dan bagi semula kereta. Kereta dia kat bengkel pon dah nak siap. Mujurlah mama leh hantar, dan kakak kawan aku ni boleh hantar pergi kedai mama aku. Pas siap makan, jalan The Store jap. Dah puas try semua kasut, baru balik. Berkesan jugak plan mak aku yang bagi RM30 je pastu kad dia pegang. Takdelah melayang duit kat mende-2 tak patut, ye dak? hehe. Pastu Azwa pulak belanja aiskrim. Timekaseh. Zati takmo makan eskrim sebab nanti gemuk. Patutnya aku mencontohi dia. Sobss.

Rasa rindu nak jumpa kawan-2 yang lain, Iema, kawan-2 5 Dinawari, roomate aku masa f5. Rindu sangattt. Tapi segan. Gemuk.



I'll miss you.

Bye.

CHILDHOOD

Cu, ni muka nenek masa kecik2 dulu. Zaman nenek gambar dah berkaler, bukan hitam putih dah!


Bye.

Wednesday, August 29, 2012

SEMUA ITU BOHONG




Edit dan tak edit.

Gambar sekarang semua tipu.

Jangan cepat percaye.


Takde sape nak upload gambar buruk jadi DP.

haha. bye.

Tuesday, August 28, 2012

WITH THEM

Assalamualaikum

Lepas beraya kat Pahang masa raya pertama, dalam tengahari tu aku balik Tg Karang, Selangor. Beraya kat  Selangor seronok sebab aku lagi rapat dengan sedara mara belah sana. Kurang sket keawkwardkannya.  Sepupu tak ramai pun, dua orang je. Keluarga kecik.

Bila aku balik Selangor, aku rasa nak temankan tokha. Tidur kat rumah dia.  Maklumlah dah berusia, dia nak duduk rumah sendiri. Nak jalankan semula rutin harian dia, siram bunga, kemas rumah n lain2. Bila tokman dah takde aku rasa kesian kat tokha, semua dia kena buat sendiri. Mujur nenek aku jenis kuat semangat. Tapi aku sangat kagum dengan kisah dia dengan Tokman. Aku harap rumahtangga aku satu hari nanti macam Tokha dan Tokman.

Aku, abang dan mama dah cadang nak pergi Sunway Lagoon. Tapi disebabkan beberapa masalah, tak boleh nak proceed. Takpelah mungkin lain kali kan. Jadi abang tukar plan hangout dengan sedara mara, pergi main bowling. Ahh macam biasalah, aku manalah reti main bowling. Dapat num second last pon buleh jadi kebanggaan dah tau. #Pheww







I'll miss them.

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum

Berkat duit kuih raya yang dibuat pada bulan Ramadhan, dapatlah juga aku beli henset baru. Yang termampu aje. Tak mahal. Beli sama dengan member kononnya nak BBM haha. Mula-2 taknak blackberry pastu dah terbeli. Lama-2 jadi suka pulak. Ala2 tak kenal maka tak cinta lah kan. Haha. 



Tahun ni aku beraya kat kampung aku kat Temerloh, Kampung Tebal. Aku jarang-2 balik kampung kat Pahang. Malang sangat pagi raya aku sebab baju raya aku tak siap. Makcik tu lupa nak buat. Mujurlah ada baju raya ihsan orang tuu.  Takdelah aku sebak sangat kan pagi raya hewhew.

Aku sorang je kaler hitam, yang lain2 kaler merah.
Tahun ni parents aku terbeli daging lebih. 6kg. Memang tak termakan lah oleh adik beradik aku yang sangat ramai ini. Jadi tahun ni parents aku buat rumah terbuka. Aku tak jemput pun kawan-2 aku sebab aku tahu nanti mesti sibuk nak kemas dapurlah apalah mesti tak terlayan kan. Padahal masa hari kejadian aku takdelah bz sangat, sampai sempat pergi beli kulblog dengan adik. Sobs tipu.

Rumah yang bersepah lepas abis openhouse. Kuih bawak dari kampung, tak sempat nak transfer dalam bekas berambu ramba. Dasar pemalas :/
Konon-2 penat lepas openhouse. Hakikatnya aku tak buat banyak kerja pon. 
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin untuk semua kenalan.

#Walaupun macam-2 jadi, aku malas nak sedih. Penat. 
#Tak sabar nak balik UTM walaupun segan dah gemuk!