Sunday, August 12, 2012

FAR APART

 Assalamualaikum

Mungkin lebih berat tanggungjawab si pertama. Mungkin satu kelegaan kerana dia sudah berjaya menempatkan diri di sebuah syarikat. Melihat bagaimana dia di alam pekerjaan membuatkan aku menghargai detik-2 aku sebagai seorang mahasiswi. Menerap kuih di bulan Ramadhan sahaja aku dah kebosanan, apakah lagi membuat pekerjaan yang sama setiap hari,  untuk sepanjang hayat. Bagaimana aku nanti? :/ 

Si ketiga masih lagi di asrama. Tak boleh disangkal, si ketiga memang seorang perfectionist. Dia merasakan tak boleh ada kekurangan dalam dirinya. Masih keliru dengan persahabatan dan kekeluargaan. Takut dikatakan oleh rakan-2 sebagai anak manja, dalam masa yang sama mahu menghabiskan masa dengan si pertama dan kedua. Membuatkan aku menjadi serba salah, namun aku lebih pentingkan diri. Bukan selalu aku dapat meluangkan masa dengan si ketiga.

Dan aku di kedua, jarang pulang ke rumah melainkan cuti semester. Rakan-2 keluargaku juga tak mengenali aku kerana tidak pernah melihatku. Sejarang itukah aku pulang? Bukan hendak menidakkan, namun aku rasa lebih selesa di sana, mungkin kerana di sini bukan tempatku. Mungkin bukan tempatmu jua, si pertama dan ketiga. Di sini tersekat kebahagiaan. 

Bunga api dan mercun memecah kesunyian malam tadi. Keringat kegembiraan turut menemani. Kejauhan membuatkan seseorang lebih menghargai tentang kasih sayang. Semakin kita meningkat dewasa, makin banyak yang akan kita belajar dan peroleh, makin banyak jua yang harus kita korbankan. 




P/s:  Hari ni hari puasa yang ke 2, lagi tinggal 6 hari lagi nak berpuasa. Ah tak sabarnya nak raya, kena fikir-2 ayat minta maaf pagi raya nih :/ 



Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Monday, August 6, 2012

A PARCEL

Assalamualaikum.


Aku tak tahu kenapa bulan puasa ni susah nak lelap. Satu family aku belum tido walaupon dah pukul 3 pagi. Jadi terus sahur pukul 3 pastu tido dengan amannya sampai subuh. 

Kawan aku sorang ni nak post barang kat aku. Nak jadikan cerita, ayah dia kol aku masa sahur. Orang lain sahur tapi aku tengah tido. Aku tak pasti apa yang aku cakap dengan ayah dia. Satu lagi, henfon aku pandai mati sendiri. Tengah-2 abah dia cakap, connection error. Sumpah aku rasa berdebar lepas dah off kol :/ Ah kalau boleh undur semula aku nak jadik perempuan paling ayu masa cakap dengan abah dia. Ok tak lawak :')

Dalam pagi semalam barang sampai, mama aku gi amek. Petang tu dia bawak balik umah. Bising mama, dia cakap apa kawan ko post berat sangat. Bila buka-2 rupanya ada buah2an. Mama yang bising tadi terus epi semula lah dapat buah kan, manggis n langsat. Tapi kawan aku tu panggil buah apa ntah aku pon tak pasti sobss. Turut disertakan baju kurung dan kain semayang, ala-2 hantaran gitu hohohahaha. Perasan hehe. 

Lepas berbuka, aku dan adik terus serbu buah manggis. Adik pakai baju kaler putih. Memang setiap kali balik, dia pakai baju putih kat umah. Aku pon tak faham kenapa :/ Baru tadi dia tukar baju kaler hijau untuk pertama kalinya. Ok dah menyimpang cerita -_-, Ok2 makan manggis tadikan. Mama suruh adik bukak baju sebab takut getah manggis kena baju dia. Tapi beselah, adik buat-2 bagus dengan yakinnya cakap takkan kena. 


Bak kata abang aku, jangan cakap takbur, nanti cepat masuk kubur.

Sedang makan manggis dengan gembiranya, 

Aku : Adik, baju ko dah kena manggis! Tu tepi tu.

Adik : Mana ada *Sambil pegang baju untuk cek

Sebenarnya aku tipu je, mana ada baju dia kena manggis. Yang lawaknya dia pergi pegang baju dia masa nak cek ada kotor ke tak. Akhirnya, terdapatlah cap jari beserta getah manggis yang diabadikan di bahagian pinggang. Sakit perut aku gelak semalam, mama yang serius tu pon gelak. hohoho.

Oklah, nak pergi Kuantan petang ni. Nak beli sikit2 baju raya. 

#Tq abah, ma n aok.

Saturday, August 4, 2012

beginner

Puding Triffle, belajar buat masa kat rumah Mimie hari tu.. 
Tak tahu pulak buat mende ni senang je :/ 
Nanti balik UTM da pakat-2 dengan Farek nak beli dapur kecik letak dalam bilik. Tak tahulah berasap ke tidak -_-'

Dah nak masuk 20 baru nak pegang senduk :'/

Sedih r macamni. Bai.

SEM 4 moment

Assalamualaikum

Sem 4 dan sem terakhir aku sebagai 2nd year student. Sem yang sedikit sibuk tapi mengembirakan. :D Hmm. Nanti dah naik tahun 3 nanti kena fokus belajar tak boleh enjoy2 dah kan. #konon. 

Selalunya upload gambar yang elok-2 je kan, lupa pulak gambar yang bolok-2. Isk isk isk.. 


makan nasik kukus kat pesta konvo


waktu kelas trekking

lepas siap pasang khemah waktu trekking

aten dan mimie

muka kami berminyak boleh goreng ikan

mengidam secret recipe
selipar jamban yang manis

 muka macam orang tak mandi

gembira beli cermin baru lepas cermin lama dipecahkan oleh mimie hehe

Background meranti masa nak pergi koQ. Dah pukul 3.15 tapi rilek2 lagi beli air.

Katil aku n Farek masa final exam :/

cekodok yang dila ingat macaron. siap mintak resepi hewhew

maggi goreng yang berperisa pekat 
masa nak test, suza buka tudung betulkan rambut mujur takde laki hik2 :/ 

gembira tunggu bus :/
pc fair/ pesta coklat. aku tak pasti
balik selangor dengan ayu. siap record video jengkel ala2 artis. yek
Tak lama lagi jadi third year student :)


Memory


Waktu Orientasi Forecast.
#tempat yg sama

Ok, kali ni betul2 goodnight. Salam :D

i am sorry

July-7
Assalamualaikum..


Tiba tiba aku rasa rindu pada kawan-2 lama aku, #ex Tualang, MRSM, Forecast. Paling2 aku rindu ex kelas 4/5 Dinawari. Totally lost contact dengan semua kawan-2 lama. :'(


Tak tahu kenapa,aku rasa malu dan segan dengan korang semua, mungkin sebab aku banyak buat salah pada korang.

Kalau boleh undur semula masa, aku nak jadi kawan yang lebih baik utk korang semua :(

Dan aku nak minta mf kat semua kenalan. yes aku memang annoying, banyak wat silap. dan lambat sedar kan. :(  I am really sorry friends. I really miss you.  All of you.


Aku doakan yang terbaik untuk korang semua..

Goodnight.

#sebak dan menyesal :'(