Sunday, August 14, 2011

good nite


assalamualaikum

bismillahirrahmanirrahim.

petang tadi tido lama tuh, sampai taknak bangun hantar adek balik sekolah. takpelah kan ayah aku kan ada..hehe

kucing aku selesema.. asek terbersin-2 aje. aku pekse-2 hidung die pon macam berair je.sobbs.patutlah die asek tido je..

sangat bosan sekarang. esok dah mula nak buat kuih raya.. jadi ke tak kte tgk nanti :)

pstt:  kucing cepatlah sehat ok :(

Saturday, August 13, 2011

DUIT POKET : GOOGLE ADSENSE :)

FOLLOW SAYING IMAGES FOR MORE INSPIRED IMAGES & QUOTES

assalamualaikum.

bismillahirrahmanirrahim.

pernah dengar Adsense? mestilah pernah kan. beliau ni seangkatan dengan Nuffnang, Advertlets n so on. masa sem II aku ambil keusahawanan sebagai course koQ. dan terima kasih banyak kepada lecterer yang bermurah hati bagi markah yang tak setimpal dengan usaha aku di kelas. seriously, course ni tak berat. just hadir kelas dan takde outdoor-2. tapi kalau siapa-2 yang sukakan adventure boleh fikir dua tiga kali sebab  there's no outdoor activity. zaman aku lah. tak tahulah zaman kamu nanti..aku dapat ilmu pasal Adsense ni pon dari course tersebut dan sedekah dari  Adsense merupakan markah kerja kursus. 

Kelebihan Adsense, sekali klik memang boleh tahan.. macam aku, baru stat diapprove oleh google Adsense masa awal bulan Ogos ni..tapi duit yang masuk "boleh tahan" :)


Adsense tak bergantung pada trafik, tapi dia bergantung pada jumlah klik. Tapi, pastikan takde orang terdekat yang klik, sebab nanti pakcik Google salah sangka dan ingat kamu yang klik. Akhirnya, account akan ditutup dengan sendirinya :')

Kalau nak cuba, boleh ikut step-2 kat bawah :)

Step 1 :
Kena sediakan satu blog.
-Blog tu mestilah cenderung kepada apa yang korang berminat nak iklankan. Contoh,  korang berminat nak iklankan mengenai pelancongan. Jadi entry-2 korang mestilah pasal pelancongan dan mesti banyakkan keyword perlancongan tu.
- Boleh tulis apa-2 sahaja pasal pelancongan tapi mesti pastikan tiada perkataan "online" atau apa-2 yang berkaitan dengan perniagaan internet dalam entry tersebut. 
-Entry mestilah dalam English :)
-Article boleh diambil dari internet, tapi kena state source.  
-Create 2 entry sehari dalam jangka masa 5 hari. Means total entry nanti ialah 10. Kalau lebih lagi baik :) 
-Contoh :
klik untuk pergi ke blog :)
(jangan lupa klik-2 pada google ads. terima kasih :) )

step 2 :
create Adsense account.
-klik link ni (kalau tak dapat boleh search Google Adsense kat google :) )
-sign up now :) 
-pastu masukkan segala maklumat..
-account type : individual :)
-pastikan semua maklumat betul.
-keputusan samada diapprove oleh Google atau tidak boleh dicheck semula dalam masa seminggu.
-keputusan akan diberitahu kat Gmail anda.

step 3: 
study camne nak create dan guna ads :)
-semuanya akan diberitahu oleh Google dalam link yang telah diGmailkan setelah anda diapprove :)

step 4:
dapatkan HTML
-HTML yang dah diperoleh tu boleh diletakkan kat mana-2 blog. Tak kira lah blog peribadi anda atau pon blog perniagaan. 

Step-2 yang panjang ni ialah untuk mendapatkan HTML. Selepas dapat HTML korang bebas nak letak kat mana-2 sekalipon :) then boleh la suruh kawan-2 yang duduk jauh-2 belanja dengan klik iklan-2 tu. wasalam.

 p/s : sebarang kemusykilan boleh tanya :)
p/s/s : cara lain ialah daftar dengan Indyarocks.com

SELAMAT MENCUBA!

Friday, August 12, 2011

COLOURS OF LIFE

jika kamu memancing ikan..



salam ramadhan. 

bismillahirrahmanirrahim.

malam ni aku nak cerita sikit pasal warna yang aku suka. abaikan madah diatas. :)

masa aku kanak-2 dulu, aku suka warna kuning. hampir setiap petang round Temerloh Jaya dengan basikal dan selipar kuning aku. kengkadang sekali pakej dengan t-shirt kuning aku. terasa hebat dan terke"raja"an begitu. masa tu juga aku tak fikir lagi untuk match-2 kan pakaian misalnya tudung kaler apa n baju warna apa. semua aku sebat asalkan nampak hebat. padahal sakainya orang yang melihat sahaja je yang mengerti. pfftt.


Awal aku masuk sekolah menengah, aku melekat pada warna hitam..sampaikan aku dan bespren ketika tu pakat-2 pakai baju hitam setiap kali hari sabtu. yelah kalau sekolah berasrama hari sabtu paling heaven, dapat spend masa borak-2 + makan-2 dengan kawan. dan hobi aku masa tu berjalan-2 dari bilik ke bilik. tak kira junior atau senior. Apakah? :') Kalau aku ingat kembali semua kenangan zaman jahiliah aku, boleh gelak sampai pengsan. atau mungkin juga menangis sampai timbul eyebag.


Naik beberapa tingkatan, minat aku berubah arah.. aku start minat warna biru.. sampai lah aku Tingkatan 5.. bilik aku di Maktab dulu berdesignkan kiub. so ada dinding kayu yang bebas dihias. dari wallpaper, tikar, cermin, hanger sehinggalah langsir semua berwarna biru. Agak selfish disitu sebab my cubemate favourite colour is green *kalau tak salah*. Sehinggalah zaman aku masuk U, aku still suka kaler biru. atau sebutan gediknya birruww. atau beluuw. 0_-"


raya tahun lepas tema family ialah kaler ungu. dan masa tu lahh aku mula sedar pakaian aku banyak kaler ungu lebih-2 lagi baju kurung. tanpa aku sedar lagi aku banyak beli barang yang berwarna ungu. ungu dan ungu lagi berulang kali. err minat dah berubah?yaa.. i think so :) ungu muda or tua or mix with blue/pink semuanya cantek belako (^_^)


namun begituu,  aku rasa takkesah lah warna apa-2,semua cantik. :) kadang-2 faveret kaler ni membantu bila kita nak beli barang. macam aku sebelum-2 ni, bila jumpa barang cantik-2 aku jadi keliru nak pilih warna apa. so dengan terdetiknya hati menyatakan warna yang aku suka thus aku terus ambil. but sekarang aku rasa setiap barangan ada warna yang masuk dan ada yang tak masuk. yelahh kereta merc lama warna hijau epal, cantekkah? :') rambut warna biru muda, coolkah? tapi kalau dah kamu suka takde salahnya :) wasalam. 

decorate  life with your colours, but make sure the outcome is stupendous :)
Yesterday is experiences..
Today is experiment..
Tomorrow is expectation..
Use your experience in your experiment to achieve expectations. :) 
warna anda?

SAYA BAIK.

assalamualaikum..

aku tahu tajuk tu memang tipu. jadi abaikan saje lahh.:) aku baru hantar adek pergi solat jumaat, so ni memang waktu yang sangat tenang untuk berentry. sebelum tu aku ambil adek aku dari kerdau..ni nak cerita sket.

jalan ke kerdau tu dop berapo molek kalau disebut oleh oghe klate. tapi lamakelamaan aku semakin biasa dengan jalan lubang-2an. aku bawak kucing sekali sebab kesiankan dia duduk terperap dalam rumah. sedang memandu dengan amannya suddenly lori yang bergerak kat tepi jalan dengan lapang hatinya masuk ke jalan besar tanpa sedar kehadiran aku. to top it all, hon kereta aku rosak. so i cant make him aware of my existence. kecuakan tak boleh diungkap dengan kata-2 sbb sebelah kiri aku ada kereta. jadi aku seolah-2 tersepit dicelah. 

it getting worst bila someone dalam kereta cuak dan berkata-2 dengan penuh semangat. maaflah kelemahan aku tak boleh terkejut-2 dan akhirnya aku jadi gelabah dan stereng kekiri kekanan dengan rancaknya. alhamdulillah semua baik-2 sahaja takde apa2 terjadi. takenote aku tak boleh terkejut dengan sergahan ketika memandu sebabb minda sedar aku akan kurang efisien :( 

mak aku pesan, kalau selalu buat salah lah kita akan beringat. kalau kita tak buat salah, kita takkan tahu mende tu ialah satu kesalahan. dan kadang-2 bukan salah kita tapi still kena hati-2. sebab awok tu P :)
psstt, ari ni sahaja dua lori dah buat kekejaman keatas aku kerana dah meningkatkan kadar jantung mengepam darah. kalau lahh dapat no aduan *cehh kuat mengadu kau konfiden yang kau betul :p *

psstt lagi.. bosan dengan entry memandu? maaplah saya kanak-2 yang masih excited bila dapat pegang stereng. peacepeace :)

wasalam.

Thursday, August 11, 2011


assalamualaikum :)

tengah-2ari ni aku rasa ngantuk lah. kucing aku pon tengah tidur, lena. :) okeylahh. sebelum aku tido, nak soh korang visit2 lah blog ni, love.. comey kan? act tu blog 2nd my boyfie.. :p ehh. lupa, this is my tumblr visit2 lah ehh. dan kalo nak beramal ibadat, tekan sini n dont 4get to clicks on google ads. tmekaseh daun keladi. :)

loveyourself.

FOLLOW SAYING IMAGES FOR MORE INSPIRED IMAGES & QUOTES
pstt. entri madah. sesuai untuk dewasa sahaja. 



assalamualaikum..

malam tadi takdapat lelap mata, mungkin sebab banyak tido atau sebab kegusaran.  act aku tak sangka my bestie akan pikir aku macamtu sekali :') boleh rosak keypad-2 laptop dihujani air mata sekali pakej dengan hingusan.. small matter bg die mungkin, tp tak tipu..impact dia besar dalam jiwa. pintu yang luas terbuka tetiba tutup dengan sound efeknye dumm! okey sudah cukuplah bermadah.. :) <--gembira.

don't close the book, just start a new chapter and keep writing your story
FOLLOW SAYING IMAGES FOR MORE INSPIRED IMAGES &amp; QUOTES
dearie, aku mintak maaf. 

aku taknak jadi beban pada kau lagi.
aku tak ganggu ko maen gem lagi. 
aku tak bebankan kewangan kau lagi. 
aku tak pakse ko reply msj n jawab kol lagi. 
aku takkan "buat-2" merajuk lagi. 
aku tak paksa kau untuk dating lagi.
aku tak paksa kau untuk ckp 143 lagi..
aku tak halang kau utk bhubungan/ tengok mana-2 perempuan lagi
aku tak buat ko tpaksa tunggu aku lagi sedangkan siapa yang selalu menunggu.
aku ase tak perlu lah kau wish ape-2 pada aku pasni. beban kan?
silalah badmood sesuka hati anda.
there's no topic kegemaran as there's no more conversation.
kau dah pernah kata kau takpaham aku..
aku tak paksa ko suruh bergambar.
aku tak kesah mcmne rupa kau. 
terima kasehh. 

itupon kalau aku PERNAH.

You should let me know the things you hate about me earlier . Coz the answer is almost everything.
BUT
I've try my best to be best thing that ever be yours. maaf aku bermimpi. :(

i'm sick of crying,
tired of trying,
yes i'm smiling,
but inside i'm dying

hati, cepatlah pulih. maaf aku tak pandai jaga kau dan biarkan kau selalu disakiti. :(

nothing much.

Wednesday, August 10, 2011

JALANRAYA.

assalamualaikum..

sekarang kerja aku hari-2 ialah hantar mak aku pergi keje, sebabnya jalan temerloh da sibuk dengan gerai-2 orang menjual sempena menjelangnya Aidilfitri taklama lagi.. limited parking space dan jem yang tak berbelah bahagi..

dan macam biasalah hobi aku setiap hari, tidur sampai tak ingat dunia. makruh puasa tahuu :( jadi satu petang tu aku bangun lambat. bangun-2 dengan laloknya aku solat asar. tgk2 jam dah nak dekat kol 5. dalam pukul 5.30 jalan dah start jem..

so nak taknak kena bergegas. sampai kat 1 trafik light aku berhenti. tingkap kereta terbuka kerana panas. lagu dipasang dengan semangatnya bagi menhilangkan bosan. bila lampu hijau, aku gerak...

bila aku jalan, kereta sebelah aku hon. pelik tak pelik aku buat tak endah. tambah kelajuan mengejar masa sampai 80 shj. sebabnya aku masih tkut-2 lagi kat jalanraya. nak masuk 1 simpang, aku perlahankan kereta.

bila aku perlahan, kereta wira yang dipenuhi manusia yang bergelar lelaki pon potong aku sambil buat thumbs up. aku pon tak faham apa misi mereka.. mahu perkotakkatikan kereta yang berpelekat P kah?

sekarang aku paham kenapa certain-2 orang tak suka pada pelekat P. sebabnya akan selalu dipermainkan. incase ada apa-2 salahlaku/ kemalangan mesti orang ramai tunding jari pada si P. double meaning disini : pelekat P dan juga Perempuan. :')

bestie yang selalu menemani semasa memandu.

si gemuk yang baru pandai memandu disamping mickey mouse yg tergantung
wasalam.

p/s : tak semua pemandu tak berhemah itu perempuan. dan tak semua pemandu berhemah itu lelaki. :) sometimes gender indicates nothing. peace.