jika kamu memancing ikan..
salam ramadhan.
bismillahirrahmanirrahim.
malam ni aku nak cerita sikit pasal warna yang aku suka. abaikan madah diatas. :)
masa aku kanak-2 dulu, aku suka warna kuning. hampir setiap petang round Temerloh Jaya dengan basikal dan selipar kuning aku. kengkadang sekali pakej dengan t-shirt kuning aku. terasa hebat dan terke"raja"an begitu. masa tu juga aku tak fikir lagi untuk match-2 kan pakaian misalnya tudung kaler apa n baju warna apa. semua aku sebat asalkan nampak hebat. padahal sakainya orang yang melihat sahaja je yang mengerti. pfftt.
Awal aku masuk sekolah menengah, aku melekat pada warna hitam..sampaikan aku dan bespren ketika tu pakat-2 pakai baju hitam setiap kali hari sabtu. yelah kalau sekolah berasrama hari sabtu paling heaven, dapat spend masa borak-2 + makan-2 dengan kawan. dan hobi aku masa tu berjalan-2 dari bilik ke bilik. tak kira junior atau senior. Apakah? :') Kalau aku ingat kembali semua kenangan zaman jahiliah aku, boleh gelak sampai pengsan. atau mungkin juga menangis sampai timbul eyebag.
Naik beberapa tingkatan, minat aku berubah arah.. aku start minat warna biru.. sampai lah aku Tingkatan 5.. bilik aku di Maktab dulu berdesignkan kiub. so ada dinding kayu yang bebas dihias. dari wallpaper, tikar, cermin, hanger sehinggalah langsir semua berwarna biru. Agak selfish disitu sebab my cubemate favourite colour is green *kalau tak salah*. Sehinggalah zaman aku masuk U, aku still suka kaler biru. atau sebutan gediknya birruww. atau beluuw. 0_-"
raya tahun lepas tema family ialah kaler ungu. dan masa tu lahh aku mula sedar pakaian aku banyak kaler ungu lebih-2 lagi baju kurung. tanpa aku sedar lagi aku banyak beli barang yang berwarna ungu. ungu dan ungu lagi berulang kali. err minat dah berubah?yaa.. i think so :) ungu muda or tua or mix with blue/pink semuanya cantek belako (^_^)
namun begituu, aku rasa takkesah lah warna apa-2,semua cantik. :) kadang-2 faveret kaler ni membantu bila kita nak beli barang. macam aku sebelum-2 ni, bila jumpa barang cantik-2 aku jadi keliru nak pilih warna apa. so dengan terdetiknya hati menyatakan warna yang aku suka thus aku terus ambil. but sekarang aku rasa setiap barangan ada warna yang masuk dan ada yang tak masuk. yelahh kereta merc lama warna hijau epal, cantekkah? :') rambut warna biru muda, coolkah? tapi kalau dah kamu suka takde salahnya :) wasalam.
decorate life with your colours, but make sure the outcome is stupendous :)
Yesterday is experiences..Today is experiment..Tomorrow is expectation..Use your experience in your experiment to achieve expectations. :)
warna anda?


3 comments:
sy suker wrna wrni mija waaaaa ... hehehe ... byk btol wrna mija yer !
warna payung cuja! hehe
Cool ! and im ur 200th follower :)
Post a Comment