Friday, August 12, 2011

SAYA BAIK.

assalamualaikum..

aku tahu tajuk tu memang tipu. jadi abaikan saje lahh.:) aku baru hantar adek pergi solat jumaat, so ni memang waktu yang sangat tenang untuk berentry. sebelum tu aku ambil adek aku dari kerdau..ni nak cerita sket.

jalan ke kerdau tu dop berapo molek kalau disebut oleh oghe klate. tapi lamakelamaan aku semakin biasa dengan jalan lubang-2an. aku bawak kucing sekali sebab kesiankan dia duduk terperap dalam rumah. sedang memandu dengan amannya suddenly lori yang bergerak kat tepi jalan dengan lapang hatinya masuk ke jalan besar tanpa sedar kehadiran aku. to top it all, hon kereta aku rosak. so i cant make him aware of my existence. kecuakan tak boleh diungkap dengan kata-2 sbb sebelah kiri aku ada kereta. jadi aku seolah-2 tersepit dicelah. 

it getting worst bila someone dalam kereta cuak dan berkata-2 dengan penuh semangat. maaflah kelemahan aku tak boleh terkejut-2 dan akhirnya aku jadi gelabah dan stereng kekiri kekanan dengan rancaknya. alhamdulillah semua baik-2 sahaja takde apa2 terjadi. takenote aku tak boleh terkejut dengan sergahan ketika memandu sebabb minda sedar aku akan kurang efisien :( 

mak aku pesan, kalau selalu buat salah lah kita akan beringat. kalau kita tak buat salah, kita takkan tahu mende tu ialah satu kesalahan. dan kadang-2 bukan salah kita tapi still kena hati-2. sebab awok tu P :)
psstt, ari ni sahaja dua lori dah buat kekejaman keatas aku kerana dah meningkatkan kadar jantung mengepam darah. kalau lahh dapat no aduan *cehh kuat mengadu kau konfiden yang kau betul :p *

psstt lagi.. bosan dengan entry memandu? maaplah saya kanak-2 yang masih excited bila dapat pegang stereng. peacepeace :)

wasalam.

Thursday, August 11, 2011


assalamualaikum :)

tengah-2ari ni aku rasa ngantuk lah. kucing aku pon tengah tidur, lena. :) okeylahh. sebelum aku tido, nak soh korang visit2 lah blog ni, love.. comey kan? act tu blog 2nd my boyfie.. :p ehh. lupa, this is my tumblr visit2 lah ehh. dan kalo nak beramal ibadat, tekan sini n dont 4get to clicks on google ads. tmekaseh daun keladi. :)

loveyourself.

FOLLOW SAYING IMAGES FOR MORE INSPIRED IMAGES & QUOTES
pstt. entri madah. sesuai untuk dewasa sahaja. 



assalamualaikum..

malam tadi takdapat lelap mata, mungkin sebab banyak tido atau sebab kegusaran.  act aku tak sangka my bestie akan pikir aku macamtu sekali :') boleh rosak keypad-2 laptop dihujani air mata sekali pakej dengan hingusan.. small matter bg die mungkin, tp tak tipu..impact dia besar dalam jiwa. pintu yang luas terbuka tetiba tutup dengan sound efeknye dumm! okey sudah cukuplah bermadah.. :) <--gembira.

don't close the book, just start a new chapter and keep writing your story
FOLLOW SAYING IMAGES FOR MORE INSPIRED IMAGES &amp; QUOTES
dearie, aku mintak maaf. 

aku taknak jadi beban pada kau lagi.
aku tak ganggu ko maen gem lagi. 
aku tak bebankan kewangan kau lagi. 
aku tak pakse ko reply msj n jawab kol lagi. 
aku takkan "buat-2" merajuk lagi. 
aku tak paksa kau untuk dating lagi.
aku tak paksa kau untuk ckp 143 lagi..
aku tak halang kau utk bhubungan/ tengok mana-2 perempuan lagi
aku tak buat ko tpaksa tunggu aku lagi sedangkan siapa yang selalu menunggu.
aku ase tak perlu lah kau wish ape-2 pada aku pasni. beban kan?
silalah badmood sesuka hati anda.
there's no topic kegemaran as there's no more conversation.
kau dah pernah kata kau takpaham aku..
aku tak paksa ko suruh bergambar.
aku tak kesah mcmne rupa kau. 
terima kasehh. 

itupon kalau aku PERNAH.

You should let me know the things you hate about me earlier . Coz the answer is almost everything.
BUT
I've try my best to be best thing that ever be yours. maaf aku bermimpi. :(

i'm sick of crying,
tired of trying,
yes i'm smiling,
but inside i'm dying

hati, cepatlah pulih. maaf aku tak pandai jaga kau dan biarkan kau selalu disakiti. :(

nothing much.

Wednesday, August 10, 2011

JALANRAYA.

assalamualaikum..

sekarang kerja aku hari-2 ialah hantar mak aku pergi keje, sebabnya jalan temerloh da sibuk dengan gerai-2 orang menjual sempena menjelangnya Aidilfitri taklama lagi.. limited parking space dan jem yang tak berbelah bahagi..

dan macam biasalah hobi aku setiap hari, tidur sampai tak ingat dunia. makruh puasa tahuu :( jadi satu petang tu aku bangun lambat. bangun-2 dengan laloknya aku solat asar. tgk2 jam dah nak dekat kol 5. dalam pukul 5.30 jalan dah start jem..

so nak taknak kena bergegas. sampai kat 1 trafik light aku berhenti. tingkap kereta terbuka kerana panas. lagu dipasang dengan semangatnya bagi menhilangkan bosan. bila lampu hijau, aku gerak...

bila aku jalan, kereta sebelah aku hon. pelik tak pelik aku buat tak endah. tambah kelajuan mengejar masa sampai 80 shj. sebabnya aku masih tkut-2 lagi kat jalanraya. nak masuk 1 simpang, aku perlahankan kereta.

bila aku perlahan, kereta wira yang dipenuhi manusia yang bergelar lelaki pon potong aku sambil buat thumbs up. aku pon tak faham apa misi mereka.. mahu perkotakkatikan kereta yang berpelekat P kah?

sekarang aku paham kenapa certain-2 orang tak suka pada pelekat P. sebabnya akan selalu dipermainkan. incase ada apa-2 salahlaku/ kemalangan mesti orang ramai tunding jari pada si P. double meaning disini : pelekat P dan juga Perempuan. :')

bestie yang selalu menemani semasa memandu.

si gemuk yang baru pandai memandu disamping mickey mouse yg tergantung
wasalam.

p/s : tak semua pemandu tak berhemah itu perempuan. dan tak semua pemandu berhemah itu lelaki. :) sometimes gender indicates nothing. peace.

Sunday, August 7, 2011

CONFESSION OF BROKEN HEART


i won't say it. cz at d end everything will be my fault. :)

FOLLOW SAYING IMAGES FOR MORE INSPIRED IMAGES &amp; QUOTES

SELAMAT :)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

hai blog terabai :) maaf jarang peduli kamu. tak terlambat lagi kan nak wish selamat berpuasa..sekejap je kan dah puasa yang ke 7..tinggal lebih kurang 3 minggu lagi nak raya.. tapi nape kita puasa.. tak boleh ke terus raya camtu je? sebabb..

kalau takde kesusahan, takde lah nikmat bila jumpa kesenangan :)


manusia ni dianugerahkan dengan akal + nafsu.. sedia tahu nafsu kita ni sifat dia tak suka dengan ibadah..sebab tu hikmah kita menahan lapar, menjaga tutur kata serta pandangan ialah untuk membebankan nafsu kita, supaya ianya terkawal. bila tiba waktu berbuka kita makan sepuasnya tapi kena solat maghrib. jadi tak boleh makan lama2.. lepas maghrib bersihkan diri untuk solat isyak dan tarawikh..sedar tak sedar semua tu buat nafsu kita takde kebebasan untuk bersuka ria..jadi insyaAllah dia akan terkawal dengan baik.

mostly kita semua memang banyak dipengaruhi nafsu lebih2 lagi kaum perempuan macam aku ni *9nafsu 1 akal*. sebab tu kebaikan tu akan selalu susah.. :(( but it's not impossible. menda baik selalu akan nampak cela di mata orang yang tertutup hati.. mudah-mudahan kita tak berada dalam golongan tu. semoga ramadhan kali ini akan membawa seribu perubahan pada diri kita. amin.. 

selamat berpuasa! :)
p/s: happy birthday dear bestie. semoga dirahmati Allah, dipanjangkan umur, tenang jiwa, dipermudahkan segala urusan. everlasting friendship <3

Sunday, July 31, 2011

perempuan

assalamualaikum..

lama tak update blog..salahkan kukie sbb sy abaikan blog ni.. :) psstt.. esok pose.. excited tak? hehe. aku tak rasa sgtlah angin ramadhan.. mungkin masa membeli belah kat bazar ramadhan nnti baru ada feeling.. btw pg tadi aku gi sekolah adek aku.. die balik rumah minggu ni tapi die tertinggal beg kat surau sekolah.. aku kesian tengok kegelisahan dia sbb aku pon pernah ase hilang barang.. *hilang kunci aritu.. tak lena tido mlm.. pfftt.  aku tak berapa ingat jalan nak gi sekolah adek aku.. sampai kat 1 traffic light aku silap lorong. so aku signal kanan nak masuk lorong 1 lagi. masa tu kereta semua berhenti.. so aku anggap kereta sebelah aku ni nampaklah aku nak masuk.. tapi bila aku tgk die, die ngah beramah mesra dengan isterinya *berfikiran positif aku tak tahu mereka dah kawin ke tidak. n then bila aku nak masuk boleh die hon aku sepanjang dan sekuat hati. aku nak balas semula tp kereta aku hon rosak. pfftt. sedangkan ada je ruang untuk aku masuk n paling penting aku dah signal. so camne eh? 

hey awopp berdua. kalao nak beramah mesra gi balik rumahlahh. ni jalan raya bukan starbuck utk berbual mesra. :')

tapi tu lah. mentang-2 lah kereta aku maseh P so dengan mudah nya diperkotakkatik di jalan raya. takpelahh. mak aku cakap takpe buat salah kalau tak aku tak tahu yang aku salah tapi kengkadang aku tak pasti aku salah ke tidak. takpelah sempena bulan ramadhan ni aku maapkan kamu berdua. maapkan aku juga. aku masih junior di jalanraya.

sekarang aku banyak baca entri-2 para blogger pasal kaum perempuan. kaum perempuan terjelir lahh. buat duckface lahh.cukup bagus dah niat para blogger tu nak kongsi info samada perbuatan tu baik atau tak.. tapi nasihat should be dengan hikmah n bijaksana kan? sebabb. perempuan tu nama pon dicipta dari tulang rusuk lelaki.. kalau tak dilenturkan dengan lembut ia akan patah..rite? 

satu lagi.. aku ada terbaca kat blog para lelaki yang mereka tak sukakan perempuan lilit selendang. dorang cakap rimass. tp aku rasa tu terpulang pada individu lah kan.. selagi menutup aurat dengan sebenar-2nya iaitu labuh sehingga menutup dada. itsokey kalau para lelaki tak suka dan tegur sebab selendang tu singkat.. itu memang salah.. tapi kalau alasan sebab tak lawa muka bulat or nampak macam perenang dll tu dah laen. kan :( aku akui..tudung bawal is always better. tapi susah nak dijaga.. tudung sarung/ selendang senang nak dijaga..sebelum solat leh gulung2 n pas solat leh terus sarung.. tudung bawal kena jaga sebab mudah kedut lebih2 lagi bahagian kepala. bleh krem muka tiup2 tudung supaya jadi semula..ngee~ ok guys. pertimbangkan lah kalau kamu nak mengkritik sbb masing-2 ada kekurangan.. btw, camtulah juga perempuan rasa bila tgk uoll dengan rambut panjang or merokok. masing-2 ada pendapat sendiri but aku rasa ianya patut diexpresskan dengan cara yang baik bukan dengan cara kutukan..okeyy :D 

aku rasa kalau perempuan lawa kalau pakai ape-2 laki semua tak amek kesah.. tapi perempuan yg macam aku kalau salah skett jadi bahan umpatan. kan? :')

just beri pendapat. sorry kalau ada harsh words atau pendapat yang tak disetujui. salam ramadhan.. mohon maaf zahir dan batin.. semoga ramadhan kali ini membawa lebih banyak perubahan *kearah yang positif pada kita. :D