Sunday, July 31, 2011

perempuan

assalamualaikum..

lama tak update blog..salahkan kukie sbb sy abaikan blog ni.. :) psstt.. esok pose.. excited tak? hehe. aku tak rasa sgtlah angin ramadhan.. mungkin masa membeli belah kat bazar ramadhan nnti baru ada feeling.. btw pg tadi aku gi sekolah adek aku.. die balik rumah minggu ni tapi die tertinggal beg kat surau sekolah.. aku kesian tengok kegelisahan dia sbb aku pon pernah ase hilang barang.. *hilang kunci aritu.. tak lena tido mlm.. pfftt.  aku tak berapa ingat jalan nak gi sekolah adek aku.. sampai kat 1 traffic light aku silap lorong. so aku signal kanan nak masuk lorong 1 lagi. masa tu kereta semua berhenti.. so aku anggap kereta sebelah aku ni nampaklah aku nak masuk.. tapi bila aku tgk die, die ngah beramah mesra dengan isterinya *berfikiran positif aku tak tahu mereka dah kawin ke tidak. n then bila aku nak masuk boleh die hon aku sepanjang dan sekuat hati. aku nak balas semula tp kereta aku hon rosak. pfftt. sedangkan ada je ruang untuk aku masuk n paling penting aku dah signal. so camne eh? 

hey awopp berdua. kalao nak beramah mesra gi balik rumahlahh. ni jalan raya bukan starbuck utk berbual mesra. :')

tapi tu lah. mentang-2 lah kereta aku maseh P so dengan mudah nya diperkotakkatik di jalan raya. takpelahh. mak aku cakap takpe buat salah kalau tak aku tak tahu yang aku salah tapi kengkadang aku tak pasti aku salah ke tidak. takpelah sempena bulan ramadhan ni aku maapkan kamu berdua. maapkan aku juga. aku masih junior di jalanraya.

sekarang aku banyak baca entri-2 para blogger pasal kaum perempuan. kaum perempuan terjelir lahh. buat duckface lahh.cukup bagus dah niat para blogger tu nak kongsi info samada perbuatan tu baik atau tak.. tapi nasihat should be dengan hikmah n bijaksana kan? sebabb. perempuan tu nama pon dicipta dari tulang rusuk lelaki.. kalau tak dilenturkan dengan lembut ia akan patah..rite? 

satu lagi.. aku ada terbaca kat blog para lelaki yang mereka tak sukakan perempuan lilit selendang. dorang cakap rimass. tp aku rasa tu terpulang pada individu lah kan.. selagi menutup aurat dengan sebenar-2nya iaitu labuh sehingga menutup dada. itsokey kalau para lelaki tak suka dan tegur sebab selendang tu singkat.. itu memang salah.. tapi kalau alasan sebab tak lawa muka bulat or nampak macam perenang dll tu dah laen. kan :( aku akui..tudung bawal is always better. tapi susah nak dijaga.. tudung sarung/ selendang senang nak dijaga..sebelum solat leh gulung2 n pas solat leh terus sarung.. tudung bawal kena jaga sebab mudah kedut lebih2 lagi bahagian kepala. bleh krem muka tiup2 tudung supaya jadi semula..ngee~ ok guys. pertimbangkan lah kalau kamu nak mengkritik sbb masing-2 ada kekurangan.. btw, camtulah juga perempuan rasa bila tgk uoll dengan rambut panjang or merokok. masing-2 ada pendapat sendiri but aku rasa ianya patut diexpresskan dengan cara yang baik bukan dengan cara kutukan..okeyy :D 

aku rasa kalau perempuan lawa kalau pakai ape-2 laki semua tak amek kesah.. tapi perempuan yg macam aku kalau salah skett jadi bahan umpatan. kan? :')

just beri pendapat. sorry kalau ada harsh words atau pendapat yang tak disetujui. salam ramadhan.. mohon maaf zahir dan batin.. semoga ramadhan kali ini membawa lebih banyak perubahan *kearah yang positif pada kita. :D

4 comments:

Suza said...

wah wah wah .... hehee... selamat berpose mija yer heheh

mijahamiza said...

hee selamat :D

Rafidah Farhana said...

Perempuan selalu jadi bahan kutukan bab2 yang lemah. Betul cakap kau.

Tapi bagi aku, perempuan sangat gagah terutama bila jadi isteri dan ibu.

*teringat mak aku kena bangun awal sahur.

:')

Selamat berpuasa miza :)

mijahamiza said...

sungguh. takfair :'(

selamat bpuasa jgk :D
maaf zahirbatin..