Sunday, July 31, 2011

perempuan

assalamualaikum..

lama tak update blog..salahkan kukie sbb sy abaikan blog ni.. :) psstt.. esok pose.. excited tak? hehe. aku tak rasa sgtlah angin ramadhan.. mungkin masa membeli belah kat bazar ramadhan nnti baru ada feeling.. btw pg tadi aku gi sekolah adek aku.. die balik rumah minggu ni tapi die tertinggal beg kat surau sekolah.. aku kesian tengok kegelisahan dia sbb aku pon pernah ase hilang barang.. *hilang kunci aritu.. tak lena tido mlm.. pfftt.  aku tak berapa ingat jalan nak gi sekolah adek aku.. sampai kat 1 traffic light aku silap lorong. so aku signal kanan nak masuk lorong 1 lagi. masa tu kereta semua berhenti.. so aku anggap kereta sebelah aku ni nampaklah aku nak masuk.. tapi bila aku tgk die, die ngah beramah mesra dengan isterinya *berfikiran positif aku tak tahu mereka dah kawin ke tidak. n then bila aku nak masuk boleh die hon aku sepanjang dan sekuat hati. aku nak balas semula tp kereta aku hon rosak. pfftt. sedangkan ada je ruang untuk aku masuk n paling penting aku dah signal. so camne eh? 

hey awopp berdua. kalao nak beramah mesra gi balik rumahlahh. ni jalan raya bukan starbuck utk berbual mesra. :')

tapi tu lah. mentang-2 lah kereta aku maseh P so dengan mudah nya diperkotakkatik di jalan raya. takpelahh. mak aku cakap takpe buat salah kalau tak aku tak tahu yang aku salah tapi kengkadang aku tak pasti aku salah ke tidak. takpelah sempena bulan ramadhan ni aku maapkan kamu berdua. maapkan aku juga. aku masih junior di jalanraya.

sekarang aku banyak baca entri-2 para blogger pasal kaum perempuan. kaum perempuan terjelir lahh. buat duckface lahh.cukup bagus dah niat para blogger tu nak kongsi info samada perbuatan tu baik atau tak.. tapi nasihat should be dengan hikmah n bijaksana kan? sebabb. perempuan tu nama pon dicipta dari tulang rusuk lelaki.. kalau tak dilenturkan dengan lembut ia akan patah..rite? 

satu lagi.. aku ada terbaca kat blog para lelaki yang mereka tak sukakan perempuan lilit selendang. dorang cakap rimass. tp aku rasa tu terpulang pada individu lah kan.. selagi menutup aurat dengan sebenar-2nya iaitu labuh sehingga menutup dada. itsokey kalau para lelaki tak suka dan tegur sebab selendang tu singkat.. itu memang salah.. tapi kalau alasan sebab tak lawa muka bulat or nampak macam perenang dll tu dah laen. kan :( aku akui..tudung bawal is always better. tapi susah nak dijaga.. tudung sarung/ selendang senang nak dijaga..sebelum solat leh gulung2 n pas solat leh terus sarung.. tudung bawal kena jaga sebab mudah kedut lebih2 lagi bahagian kepala. bleh krem muka tiup2 tudung supaya jadi semula..ngee~ ok guys. pertimbangkan lah kalau kamu nak mengkritik sbb masing-2 ada kekurangan.. btw, camtulah juga perempuan rasa bila tgk uoll dengan rambut panjang or merokok. masing-2 ada pendapat sendiri but aku rasa ianya patut diexpresskan dengan cara yang baik bukan dengan cara kutukan..okeyy :D 

aku rasa kalau perempuan lawa kalau pakai ape-2 laki semua tak amek kesah.. tapi perempuan yg macam aku kalau salah skett jadi bahan umpatan. kan? :')

just beri pendapat. sorry kalau ada harsh words atau pendapat yang tak disetujui. salam ramadhan.. mohon maaf zahir dan batin.. semoga ramadhan kali ini membawa lebih banyak perubahan *kearah yang positif pada kita. :D

Saturday, July 23, 2011

 If this is the end
if there's not another chance,
I'm gonna tell you it's all your fault.
go away :)

Monday, July 18, 2011

apa salahnya

kawan.. ape salahnya sekali sekala kau buat aku rasa dihargai. sikit pon OK tahuu. terasa aku. malu sangat ke kawan dengan aku. :(

sometimes better. :')

Saturday, July 16, 2011

SEIRAS :)

 FOLLOW SAYING IMAGES FOR MORE INSPIRED IMAGES & QUOTES

assalamualaikum ♥ ♥

nifsu syaaban :) tak tahu kenapa rasa excited tetiba. nak sengih2 je :D 


jom pose esok? :D actually aku tak tahu esok nifsu Syaaban.kalau ditanya tarikh hari ni pon aku geleng kepala..alert kann? :') thanx la kat member yang mengingatkan ♥ ♥ esok adek outing.. die kol mak aku and the conversation is almost like this..


adik     : ma adek outing
mama   : oh ye ke amek kol brpe esok
adik     : pukul dua. pesan kat kakak mimi suruh beritahu tauke kedai jam jangan tutup kedai  esok sebab adik nak beli jam..


pfftt. mcm anak raja kan kan :D tu lah bahananya kalau asek manja kan adek aku sorang nih..mula2 aku tak mao pose sebab adek tak suka makan sorang2. tapi aku suka buat apa yang kau tak suka okeh :D n sory lah dek aku tak mao bawak kau jalan2 beli barang esok..ehh. adek aku dah jumpa jodoh kau lahh. nak tgk?



samalah muka kau dengan budak nii :D hee. kpda tuan punya gambar sory lah amek gmbr tanpa kebenaran tapi muka  awak sama macam adek sy..♥ 


marah? hee. 

salam nifsu syaaban semua :D maaf zahir dan batin 

psstt selesema dan batuk ni sgt tak cool

Friday, July 15, 2011

rezeki

hari yang bosan seperti biasa. melengkar je atas katil macamne lah tak jadi XXXL kan :') kawan aku si kucing pon ntah kemana.. demam dah baek..cuma batuk2 sikit tu style lah kann.. :D asam jawa dah berbotol2 aku teguk tapi sakit tekak tak hilang dan suara pon masih tak semerdu siti nurhaliza errr. :p


 

mcm bese men pesbuk pon dok mengarut je laa. komen bukan2 n then baca semula nanti err gediknya la shayee ni :') dengan bentuk chat yang baru alahaii tak bestnye. psst. result UPU keluar ari ni.. congrats untuk kawan2 yang dapat course pilihan hati.. :D bagi yang tak dapat jgn sedey sbb rezeki ada kat mana2 tak kesah la kos apa sekalipon.. try to luv ur course @ ur rezeki ok :D 

teringat lak aku masa dulu ragu2 nak pilih kos.. samalah macam ragu2 nak masuk utm dulu maklumlah orang sygkan cuti daripada masa depan :'(  pilihan hati memang nak amek math pure tak pon engineering. tapi akhir2 aku tpikat pada math industry. that's it.  rezeki aku pd math industry.. i try to love it and i do! :D

thanx Allah :D