Friday, July 15, 2011

HILANG.

pstt. nak emo cket nie :)

ASSALAMUALAIKUM. Hilang ape. takde ape yang hilang pon tapi hati aku mengecil banyak sedikit banyak. oleh sebab aku gemuk so hati yang kecil sangatt tak sesuai dengan aku :D udah2 le. aku kecik hati dengan sumtwo bukan sumone. i treat you like my bestie tp kau buat aku rasa macam sampah sekali sekala.. ok lah pasni aku tak mahu ganggu kau lagi der tapi aku tak penah pon berniat nak ganggu kau :'( perigi cari timba mmg sangat tak semanis kurma itu.. tapi kau bukan timba dan aku bukan perigi err. dah takpelah. aku susah kau buat taktahu n then bila  kau susah jgn cari aku eh kawan. Nice to meet and leave. J

Thursday, July 14, 2011

keep on believing


No matter how your heart is grieving, if you keep on believing, the dream that you wish will come true

:)

BLOG GRADE

ASSALAMUALAIKUM..

bosan2 ni aku cecuba try test nak tgk gred blog.. dapat dari sini  :)



err.  :')
kalau nak cek jgk klik sini 

MINDSET

assalamualaikum..




ada apa dengan mindset? sedar tak sedar hidup kita hari2 banyak dipengaruhi oleh mindset..contoh..

aku demam.. tapi aku tak mahu makan ubat.. kenapa? sebab aku tak suka sedangkan aku boleh telan ubat dengan baik n rasa ubat tu takdelah teruk sangat :') tapi sumtimes aku lbey rela terdemam-demam berbanding makan ubat. alasan? aku tak suka. err. mindset :)

aku tak suka tengok darah n aku geli.. bila aku or orang lain luka aku akan jauhkan diri sedangkan bila pike2 semula takdelah geli mana pon darah tu geli lah jugak kan..hehe..so mindset lg :)

dulu aku sekolah goverment SMK Seri Tualang.. aku amek sains tulen ade addmath.. semua orang cakap addmath ni subjek killer..so aku pon jadi takut nak blaja n satu mende pon aku tak paham masa dalam kelas.. bila aku balik umah aku belajar dengan abang aku memang nak menanges ketidakpahaman :') tapi bila aku masuk MRSM aku rasa ada keyakinan sikit sebab student MARA tak belajar apa2 lagi.. *konon rasa ada kelebihan la.. jadi aku tak rasa takut sgt nak menghadapi addmath dan rasa macam bagus sket. err. hehe. pastu alhamdulillah aku boleh la buat addmath tu walau tak seterer mana.. mindset rite? :')

mindset tu sangaat penting.. bukan dalam study or kelakuan kte je tp dalam persahabatan pon.. yela kgkdg kte mindset si dia ni perangai tuuttt. so kte pon akan menjauhi si dia sedangkan bila dah berkawan wow2 seronok :) jadii.. penting lah utk kita sama2 setting minda kita dengan mende +ve.. err tapi bukan senang sebab syaitan ada kan :') *semua nak salahkan syaitan hihi. 


en syaitan yang berhidung panjang


kita berhak atas nasib kita sendiri.. setiap pilihan dan langkah yang diambil pd hari ni memberi kesan pada hari esok..yakin lah Allah itu ada bersama kita.. yakinlah setiap kejayaan tak mustahil digapai dengan ada nya usaha..mindset is not everything yet it is still a matter :)

Wednesday, July 13, 2011

assalamualaikum :)


<3 jangan baca kalau tak suka <3


BOSAN :'( rasa macam robot duduk kat rumah buat mende yang sama. alaa kerja la? mama cakap nak buat ape keje tak payah keje la rehat2 aje..buat kerja rumah? kerja rumah tu apa kemas katil salin cadar basuh pinggan cuci baju sidai baju..err tu tak sampai sejam n then 23 jam yang lain nak buat apa sobs.. masak? aku mengaku mmg aku tak pandai masak melainkan mende2 yg simple n mak aku guide thankiu2. :) *bangga tak betempat. so aku akan menghadap laptop dan online..chating2 aku tak berapa rajin nak bls melainkan dengan member2 rapat tapi kan tapi kann.. baca wall orang sgt menarikk! :) kgkdg boleh baca diri sumone from d way they express themselves..penyibuk kann? memang.. hehe.. kengkadang pas baca profile2 orang aku pon tulis status yang tergantung bak kata2 member. alaa korang kan tahu jgk pasal mende mcm x bese kalo dgn aku :)) kgkdg tak related dgn aku lgsg tp aku sukaa. aku suka jgk tulis panjang2 kat new post tp las2 aku klik button pangkah n tutup lappy. ble buka aku delete draft2 yang ada. motif? err. aku pon tak tahu. nama pon bosan kan. dah tulis n merapu panjang2 dua tiga bulan pastu aku baca semula blog aku ni eww nape gedik sangat tulis macam ni ++tak menepati wordless wednesday langsung  tapi aku rasa aku nak publish la ok bye :)

aku pon tak tahu kenapa aku guna tulisan mesin taip ni :)) 


wasalam. 

Tuesday, July 12, 2011

SEBAK.

assalamualaikum.

Satu pagi tu aku teman mama pergi ke kelas..kelas kat kolej komuniti Temerloh.. macam2 ada kalau nak belajar English, Bahasa Arab, komputer, menjahit dan sebagainya dengan bayaran rm10 utk 32jam @8 minggu bg 1 subjek. affordable kalau tak takkan la aku nk join. hehe..oo da menyimpang dari cerita asal..:') Masa nak gerak gi kelas tu tetiba ayah aku panggil sebab suruh alihkan kucing.. Kucing tu aku tak kenal pon.. Dia dah tak boleh bergerak dan landing terbaring kat rumput depan rumah aku..Aku nak pegang dia tp dia nak gigit aku so aku pon suruh mama yang alihkan.. Rumah jiran sebelah aku tak berpenghuni jadi aku letak kucing tu kat tempat parking kereta..Pada firasat aku kucing ni patah tangan.. Oleh sebab hari tu hari Ahad so kena tunggu esoknya untuk bawak gi klinik haiwan..

Ok hari Isnin aku n mama plan nak gi Klang pastu terus balik Tanjung Karang.. tapi sebelum tu kena hantar kucing tu gi klinik.. mula2 singgah klinik kerajaan kat Temerloh.. hampa sebab pembantu kat  situ cakap dia tak boleh buat apa2 sebab doktor takde.. err semudah itu :') tapi dia bg suntikan antibiotik yang aku tahu takkan membantu pon kucing yang patah kaki tu..then cari klinik haiwan di Mentakab malangnya tutup maybe sebab bankrup. :') jadi cari klinik haiwan lain dan yg terdekat kat Kuantan, 2 jam setengah dari Temerloh.. mama cakap dia tak boleh pergi sebab ada urusan kat Klang dan kejar masa.. akhirnya tinggalkan kucing tu kat jiran suruh jaga dan berikan susu..

balik ke Temerloh aku tengok kucing tu dah makin teruk :( mata dia dah tertutup dua2 belah.. tapi boleh buka smula pas bersihkan..aku letak kucing tu atas karpet pastu tengok dia dah ketepi dekat dengan lantai.. masa aku nak alihkan dia atas karpet semula aku tengok dia dah berulat2 :( sedihnya. ekor kucing tu pon dah tercabut2 bulunya.. masa terbalikkan badan dia lagilah aku terkejut tengok banyak sangat ulat :( mama letakkan iodine n gamat kat badan die n harap2 dia ok. setiap kali aku n mama keluar rumah kucing tu mgiaw kesian sangat.

pastu ari ni aku tengok dia dah ternganga mulutnya :( masa aku tegur dia menyahut lagi tapi skang mama ckp kucing tu dah mati aku tak sanggup nak tengok.. kucing tu comel tapi sayang dah sampai ajalnya. dekat dua minggu dia sakit.. sedih sangat. :( aku tengok kucing aku 2 ekor kat umah sihat walafiat duk tercium2 satu sama lain aku syukur sangat semoga panjang umur.. 
dear kucing..
minta maaf aku selalu geli tengok kau :( aku selalu tak tahan dengan bau kau yang dah berulat :( minta maaf tu je yang mampu aku wat utk jaga kau. semoga dicucuri rahmat..

kau comel mcmni :(

-end-