Tuesday, July 12, 2011

SEBAK.

assalamualaikum.

Satu pagi tu aku teman mama pergi ke kelas..kelas kat kolej komuniti Temerloh.. macam2 ada kalau nak belajar English, Bahasa Arab, komputer, menjahit dan sebagainya dengan bayaran rm10 utk 32jam @8 minggu bg 1 subjek. affordable kalau tak takkan la aku nk join. hehe..oo da menyimpang dari cerita asal..:') Masa nak gerak gi kelas tu tetiba ayah aku panggil sebab suruh alihkan kucing.. Kucing tu aku tak kenal pon.. Dia dah tak boleh bergerak dan landing terbaring kat rumput depan rumah aku..Aku nak pegang dia tp dia nak gigit aku so aku pon suruh mama yang alihkan.. Rumah jiran sebelah aku tak berpenghuni jadi aku letak kucing tu kat tempat parking kereta..Pada firasat aku kucing ni patah tangan.. Oleh sebab hari tu hari Ahad so kena tunggu esoknya untuk bawak gi klinik haiwan..

Ok hari Isnin aku n mama plan nak gi Klang pastu terus balik Tanjung Karang.. tapi sebelum tu kena hantar kucing tu gi klinik.. mula2 singgah klinik kerajaan kat Temerloh.. hampa sebab pembantu kat  situ cakap dia tak boleh buat apa2 sebab doktor takde.. err semudah itu :') tapi dia bg suntikan antibiotik yang aku tahu takkan membantu pon kucing yang patah kaki tu..then cari klinik haiwan di Mentakab malangnya tutup maybe sebab bankrup. :') jadi cari klinik haiwan lain dan yg terdekat kat Kuantan, 2 jam setengah dari Temerloh.. mama cakap dia tak boleh pergi sebab ada urusan kat Klang dan kejar masa.. akhirnya tinggalkan kucing tu kat jiran suruh jaga dan berikan susu..

balik ke Temerloh aku tengok kucing tu dah makin teruk :( mata dia dah tertutup dua2 belah.. tapi boleh buka smula pas bersihkan..aku letak kucing tu atas karpet pastu tengok dia dah ketepi dekat dengan lantai.. masa aku nak alihkan dia atas karpet semula aku tengok dia dah berulat2 :( sedihnya. ekor kucing tu pon dah tercabut2 bulunya.. masa terbalikkan badan dia lagilah aku terkejut tengok banyak sangat ulat :( mama letakkan iodine n gamat kat badan die n harap2 dia ok. setiap kali aku n mama keluar rumah kucing tu mgiaw kesian sangat.

pastu ari ni aku tengok dia dah ternganga mulutnya :( masa aku tegur dia menyahut lagi tapi skang mama ckp kucing tu dah mati aku tak sanggup nak tengok.. kucing tu comel tapi sayang dah sampai ajalnya. dekat dua minggu dia sakit.. sedih sangat. :( aku tengok kucing aku 2 ekor kat umah sihat walafiat duk tercium2 satu sama lain aku syukur sangat semoga panjang umur.. 
dear kucing..
minta maaf aku selalu geli tengok kau :( aku selalu tak tahan dengan bau kau yang dah berulat :( minta maaf tu je yang mampu aku wat utk jaga kau. semoga dicucuri rahmat..

kau comel mcmni :(

-end-

4 comments:

Rafidah Farhana said...

Err.. walaupun aku tak suka kucing tapi aku tersentuh bila baca cerita ko ni..
Takpe la weh, mungkin takat tu je umur kucing tu.. Lepas ni datang kucing lain pulak ke? hahaha !

mijahamiza said...

he2. nak kucing comel2 n sehat :)

d lily beauty centre said...

hati sedih hiba tp x mampu nk wat peee ..sebelum ajal nya berusaha jua bagi ubat ,,,n dalam hati biarlah dia pergi krn x sanggup dia menanggung kesakitan ..semua dia aman disana

mijahamiza said...

sobss. semoga :)