Friday, December 2, 2011

PERGI

ASSALAMUALAIKUM.

I don't know how to start it. Sometimes tears tell more stories than words. :( 

Okey.  Hari selasa 29 hb 11 2011 dah mencatat satu peristiwa yang tak boleh dilupakan dalam hidup aku. 

Aku kehilangan seorang yang sangat aku kasihi. 

Pemergiannya tak dijangka. Aku dapat panggilan dari sepupu waktu kelas Numerical Method. Alhamdulillah, tiket bus balik Tg Karang ada malam tu. Sangat bersyukur dapat menatap wajah beliau buat kali terakhir. 

Malam sebelum tu, tokman ada telefon aku. Bukan guna num telefon dia, tapi guna num yang aku tak save salam fon. Mujur aku angkat. Tak percaya tu kali terakhir aku bercakap dengan arwah. Macam-2 arwah pesan, tapi main point dia suruh aku jaga kereta elok-2. Cek air dan everything. Ok aku mengaku, before this byk kali aku  aku tak angkat arwah kol. Sebab kadang-2 dia kol waktu aku tgh kelas, kadang-2 fon aku silent dan tak perasan ada kol. Ya Allah, sangat bersyukur aku dapat bercakap dengan arwah pada malam terakhirnya. 

Aku dapat peluang kucup wajah dia untuk kali terakhir. Untungnya arwah, pergi meninggalkan wajah yang berseri-2 dan tubuh badan yang sempurna. Seolah-2 tidur dengan mimpi indah. Aku rasa sedih dengan pemergian beliau, tapi aku tak boleh penting diri. Arwah dah terlalu banyak diuji, dan dah tiba masa untuk arwah berehat dan menerima ganjaran atas amalnya. Untungnya arwah, maut dipermudahkan. Pergi tanpa sebarang sakit atau nazak. Sambil berehat di atas kerusi selepas solat Zohor, sekelip mata malaikat maut mencabut nyawanya. 

Aku masih perlukan bimbingan arwah. Kalau ada keraguan mengenai solat dan agama, dialah yang menjadi tempat rujuk. Sekiranya aku terasa hati dan menangis, dia selalu peduli pada aku. Aku selalu merajuk dengan arwah atas mende remeh temeh. Tapi dia sabar dengan aku. Even duit topup aku selama ni dia yang tanggung. Pernah sekali aku tak minta topup dengan dia, sebab aku tukar num. Arwah risau dan ingat aku berkecil hati dengan dia. Arwah tak pernah menolak apa yang aku dan cucu-2 lain minta. Walaupun arwah dah pencen, tetap dia usaha untuk tunaikan. 

Aku tak sempat untuk membalas jasa arwah. Aku tak sempat nak senangkan dia semasa dia hidup. Tapi aku percaya aku masih belum terlambat untuk senangkan dia di akhirat. Semoga dia akan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Hidup itu kemungkinan, bukan pasti.
 Mati itu pasti, bukan kemungkinan.

Setiap yang bernyawa pasti akan kembali. Itu janji Allah SWT. Mungkin selepas ini giliran aku dan yang lain. Cuma aku sebagai manusia selalu lalai. Pemergian arwah membuatkan memberikan banyak pengajaran dan kesedaran kepada aku. Kematian semakin hampir, bukan semakin jauh. 

Ya Allah, aku mohon padamu.. 
Sayangilah dia.. 
Peliharalah dia.. 
Ampunilah dosanya..  
Tinggikan darjatnya di sisiMu..
Berikanlah kemudahan kepadanya..

AL-FATIHAH.

Gambar dengan arwah. Arwah jengket kaki sebab dia kata dia tak nak aku hampir sama tinggi dengan aku.. 

Wallpaper henfon arwah. Gambar aku. :(

Semasa raya haji tahun ni..


I'll always love you, Sulaiman bin Yusoff. 


P/s : Selamat hari lahir, Suzalina Sukri. Have a blast.

No comments: