Sunday, April 14, 2013

just a song

Sendiri.. sendiri ku diam, 
Diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, 
Menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku cba meraih mimpi
Kau cba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan.. bayangkan ku hilang, 
Hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin,
Mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ini harusnya kita cba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama

#Harus terpisah-Cakra
#Exactly.

Kotak Hati- Hujan

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru 
curahkan deritamu padaku 
biarku rasa apa yang kau lalu 

Terang terang 
bersama rasa sayang 
ku biarkan kau terbang 
terang terang 
sudut kecil ku isi 
untuk senyuman mu lagi 

Berbaring renung kita ke bulan 
lagu yang ku tulis ku nyanyikan 
lagu cinta tentang kita berdua 
yang kan kita kenangi hingga tiba masa 

Mimpi mimpi 
yang tak kembali 
aku janji 
janji takkan pergi 

Saturday, April 13, 2013

EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON

Assalamualaikum.

Semester 3. 

Jatuh motor kat Stadium UTM. Balik dari Jusko tetiba mengada nak naik motor Mimie. First time naik n bawak motor, terus jatuh. Mengada sangat, kan dah dapat ubat. hehe. Masa jatuh tu kat Stadium tu lengang, mujur jugak sebab huduh sangat aku jatuh.haha.  Kagum aku kawan aku boleh bawak balik bilik moto tu lepas dah sakit2 jatuh. Tapi sorry Mimie, kami burukkan moto awk. :'( 

Minggu final, tak boleh nak pegang pensel pon. Study pon takde mood sebab sakit. Baring je atas katil. Mujur subjek 1st subjek bulat2 kertas OMR. Dah la jadual final ntah apa2 Tapi aku syukur sangat kawan-2 aku baik, tolong jaga aku, tolong aku nak solat, tolong drive, tolong bungkus tangan, kutip sidai baju, syampookan rambut dan sebagainya. Terharu kot. Sobs. Actually takdelah teruk sangat pon, tapi saje nak manja dengan kawan2. Mengada. 

Aku paling benci semester ni. Malang sangat2. Banyak mende buat aku rasa nak nanges je. Malas nak kenang semula.  Down selalu. Tapi serius aku terharu, ada hikmah. :')

Sem first result okey masa degree

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Bye.

#Alhamdulillah. 
#Kat tapak tangan parut kekal. Mintak jangan dikurangkan hantaran ea. haha.
Comel la simsimi ni. Cakap aku lesbian. Takmo kawan.

Rindu. Tinggal yang ni, yang lain ntah kemana. 

NONSENSE

Assalamualaikum.

Duduk rumah sorang-2 bosannya. Sebenarnya takde la sorang2 ada makcik Kala dengan anak-2 nya. Auntie Kala kot, she's Indian hehe. Nak buat kerja pon takde semangat. PSM aku tak buat apa2, masaklah aku balik ni, supervisor aku suruh buat macam2 kot. Sedih la camni. :'(

Buka video dalam laptop ni ada pulak video aku dengan Farek gi buat cover2 lagu. Haha. Sumpah kelakar. Macam makcik2 yang bajet bagus tahu. Aku pun tak faham kenapa aku suka buat mende bukan-2 camtu. Kena delete. Kalau abang aku jumpa video tu, hidup segan mati tak mahu jadi. Teringat pulak masa kecik2 aku ada buat novel dengan kak sedara aku. Masa tu fan Peterpan. Haha. Buat novel pasal belajar kat Indon pastu ada skandal dengan Peterpan. Pastu kantoi. Kecoh satu rumah. Jatuh maruah aku. haha. Aku ada lagi salinan novel perasan tu nanti aku upload la kot. 

Aku baru install WeChat, orang noob kan ntah camne boleh connect dengan orang bukan2. Yang kelakar nya orang hantar pesanan2 suara sumpah kelakar. Ntah sape2 ntah. Takpelah ada WeChat boleh contact maklong dengan ayu, hantar pesanan suara berbentuk lullaby untuk baby tido. Maklong cakap kalo baby dengar lullaby aku, nanti baby tido tak bangun2. Sadis kan.

Ni baru sikit. Banyak lg gmbr jelik dalam laptop hehe. Dengan loker bersepahnya. :') 
Lapolah. Nak makan. Tapi takde makanan. Bye.

Friday, April 12, 2013

BACK TO BASIC

Assalamualaikum.

Dah sampai Temerloh semula. Penatnya. Buat apa jadi penat taktahu, tido memanjang hehe. Homwek semua tak siap lagi. Adui risaunya tapi malas jugak nak buat. Ahad ni balik Skudai, tak rela rasa. T_T Takpelah, balik UTM nanti nak tanam azam baru, nak jadi baik sikit hehe. Nak kumpul duit sikit-2 sebab sedih bila hujung bulan kena mesej ayah n mama mintak duit. Maluuu. :') Semoga kereta tak meragam lah. Dah la tak pandai sgt pasal kereta. Sian kan.

Balik ni buat 2 kek. Satu kek banana satu lagi kek cheese. Actually kek banana tu aku jadi assistant je sebab resepi kak sedara aku. Yang cheese tu baru aku buat tapi resepi mak aku. Senangnya cara dia tak payah nak bake2, sama macam cara nak buat kek batik.


Kek banana. cc: Nazarin
Kek cheese. 
Pukul creamcheese dengan susu pekat manis, 
Tabur milo, horlick dan nestum, 
Susun biskut Julies Cheese,
Tabur lagi,
Letak cream cheese yang dah dipukul, 
Letak biskut,
Tabur lagi,
Letak creamcheese, 
Ulang sampai bosan. 

haha. 

Letak dalam peti ais, kalau boleh tinggalkan seharian.
:)

#Sejujurnya, sy tak pandai masak. Banyak kena paksa je tolong mama masak. Sian laki saya nanti kan, kite makan kepci jela hari2 eh. 

#Sekejapnya cuti. :'(