Saturday, May 21, 2011

.2 IN 1.

ASSALAMUALAIKUM.. :)


zaman sekarang sume nak cepat kan kalo boleh nak mudah dan nak kiut..kalau boleh semua mende nak wat sekaligus..nama lain bagi aktiviti 2 in 1 ni ialah aktiviti sambil menyelam minum air.. err.. jadi?


hehe sebenarnya aku just nak tunjukkan wajah baru facebook aku.. :)


klik2 untuk pembesaran..

ok yang aku highlightkan tu fungsinya
nampak tak kotak kecil bahagian kiri bawah? tu chatbox.kiut kan kan.. hehe.. tapi apa yang 2 in 1? tengok ni..


korang still boleh buka page lain sambil berfacebook. chat dan lain2 still berjalan..


boleh tengok home dan lain2 sambil membaca blog :)

berminat? 

klik sini
dan klik download beta 2 dan siap :)

ok tu sahaja.. 
assalamualaikum.. :)

.SORRY :(.

ASSALAMUALAIKUM..


kami ( saya, aten dan PESAT ) masih di UTM..saya disini sihat-sihat sahaja..okehla.. shift mode dari saya = aku.. aku dan aten telah ketagihan ayam penyet dan itu sedikit sebanyak menganggu emosi kami kerana kami keresahan memikirkannya..jadi  tengahari ni kamiorang singgah Arked Meranti demi ayam penyet tersayang. hilang rindu :)


dah siap makan kamiorang pon nak balek lah.. tapi malangnya minyak moto yang hampir penuh itu menggoda kami untuk berpeleseran  berjalan-jalan. so kami pon decide nak pergi ke Balai Cerap.. kat mana tuh? hmm aku pon tak sure sgt tapi yang pastinya lalu Blok Siswi MA1 k11 dan terus kehadapan sampai sudah.


grrr.. sejuknya angin kat sana.. ( macam tak masuk lak sound effect tuh. tukar2 ) fuhh.. sejuknya angin kat sana..( better ) tapi sudah terang lagi bersuluh ni aku menghiperbolakan keadaan sebab angin kat sana sebenarnya sepoi-sepoi bahasa je :p 


saya yang kembang semangkuk..

beliau yang tertidur 

dah puas ambil angin kami pon pulang. jalan pulang tak adventure pon tapi aku debar sebab ada segerombolan monyet dan aku terbayang monyet tu melompat kat tengkuk aku. adui scarynye. :( tapi kami berjaya melalui monyet2 tersebut dan kami pon gembira amatlah. unfortunately ( betul ke ejaan :o ), kami terlanggar sesuatu yang sama kaler dengan jalan tar. aku perasan kewujudan die pon bila die menoleh kearah aku dan mata bertentang mata omaigod aku berdebar dan terus gelepar. btw tak sempat nak elak dan aku dapat rasa motor tu tercongek saat kau digilis. kami betul-betul minta maaf wahai encik..











maap kerana gambar bersaiz kecik sebab aku tak selera nak tengok beliau. beliau bersaiz medium. aku sangatlah trauma dengan beliau kerana aku pernah terpijak spesies beliau yang bersaiz small ketika di N24 dulu..

kami minta maaf  (-_-,)

-END-

.100th follower.

assalamualaikum.. :)




hahahaii ( gagap or wut ) hari ni..ehh act hari  semalam 20 hb Mei 2011 follower blog ni cukup seratus :) ehem. takde adiah nak bg sebab kewangan shaye masih belum stabil :') namun, siapakah beliau itu?
only me
ololooo..cweet nye die..

beliau sebaya dengan saye :) student nursing n her blog is so cute dan sedap mata memandang.. baru usha sket2 entri dia..eh, jom kite serbu blog dia.. :) 

awak.. terima kasih singgah blog saya..
terima kasih follow saya..
saya dah follow awak semula tau..:)

terima kasih semua yg follow hahamimizaza.blogspot.com :)

Monday, May 16, 2011

.HANGOUT.

assalamualaikum..(^_^)


yes. 
sebenarnya perkataan tu x bermotif untuk entri kali ni tapi sokey la  kan..alhamdulillah Mimie dan Syahirah selamat sampai di UTM semalam disambut dengan suam-suam kuku oleh aku dengan aten berikutan sel-sel badan kurang aktif pabila kami asyik melepak di katil. okeh cukup2.. selamat kembali SEKMUNG :)


oh. ni dinner kami ditaja sepenuhnya oleh Mimie.. thanx <3

hari ni 16hb aku menghabeskan masa dengan aten di jusco.. makan kepsi dan naek atas untuk beli barang2 tapi peliknya semua kaunter tutup. Jadi xdapat nak bayar lah kan so kami pon ronda jusco sambil mengumpat berbual kosong dan tak berkejar nak balik sebab hari hujan. 

Jalan dan jalan lagi, ( maap bm saya lingkup tak bagus ) aku pon nampak lah kerusi urut..sedap jugak kalo try pas penat jalan..


bayaran RM1 untuk 3 min.. so aku dengan kedekut nya spend RM1 jela kan.. :') kesian aten kena tunggu aku sebab 3minit sangat lama bagi orang yang penat. so beliau pon duduk kat kerusi urut sebelah aku..

err..takdelah menyeronokkan sangat pon guna kerusi ni tapi bagus untuk hilangkan ngantuk akibat menjamah kepsi pada tengahari yang hujan..dan aku dan aten pon berbual mesra sambil diiringi sound effect yang kurang menyenangkan.. oh.. camni.. beep..beeppp..beeepppp.. 

(dialog ini ialah rekaan semula)

aten : bunyi ape tu ye
aku : ntah lah aten.. (*_*) 
aten : eh miza dari kerusi kau la..
aku : oh.... ye ke.. (*_*)

(*_*) = muka terseksa..

dan kami pon berehat dengan penuh keamanan disitu..selang beberapa ketika aten pon tergerak hati nak bangun dan sound effect yang menemani kami tadi berhenti. err.. secara tiba2. dan peristiwa ni diiringi dengan kehadiran pak guard ke arah kami.

oh.. baru sedar kewujudan anda wahai papan tanda.

pakcik guard tersenyum manja pada aten dan kami pon berlalu dengan malu..

moral : papan tanda itu penting

sekian.wasalam..




Sunday, May 15, 2011

.UTM SANJUNGAN BANGSA.

assalamualaikum..hai.. :)


ehem.
masa percutian aku di rumah banyak dihabeskan dengan aktiviti istirahat yang dialami oleh berbagai binatang menyusui, burung, ikan, dan binatang tidak bertulang belakang seperti lalat buah Drosophila atau nama lain bagi aktiviti ini ialah tidur.. hehe.. oleh itu berat badan akan sentiasa bertambah dan kalau diplot pada graf berat badan melawan masa akan kelihatan lah graf yang increasing linearly. :') 


sedar2 dah 10 hb..hm esoknya aku kena balik.. so malam tu aku terbuka hati untuk packing.. 



ooemgee2 mana kunci?? dengan segera aku selongkar rumah.. selongkar kereta.. tapi xade!!

tahu x kenapa kunci tu penting? 

sebab aku letak kunci moto Mr.S kat situ.. dan moto Mr.S pula ada kat dalam bilik..kalo xde kunci xboleh buka bilik dan kalo xde kunci moto xleh keluarkan moto dari bilik. dan kalau terkantoi aku simpan moto dalam bilik, layakkah aku duduk di KTF lagi wahai rakyat Malaysia?

sepanjang malam tu aku tak keruan. cari punya cari aku x jumpa. then aku kol nenek dan suruh die cari kat rumah die tp still. xade! untuk melegakan keresahan aku pon decide untuk tido.. tapi tidur yang berserta dengan mimpi + igauan mengenai kunci. oh.. tapi terima kasih pada kunci sebab membuatkan aku bgn awal.. 5.45 pagi untuk cari dikau semula.. cari dan cari lagi tp x jumpa! makin resah lah sebab tiket balik UTM pukul 11 pagi.. jam hmpir pukul 9 pagi dan kunci masih lagi bersembunyi.. 

so nak wat ape..errr aku tgk mak aku n mak aku pon tgk aku.. pastu aku kol nenek.. paksa2 die cari kunci untuk aku.. (jahat kan..hehe) paksa punya paksa last2 die jumpa! dimana??

bawah katil... :8)

so macammane nak gi amek..?

sebenarnya boleh je kalau post. oleh kerana aku tak mahu menghadapi kemungkinan yang kunci itu sampai lambat kat KTF kerana KTF akan tutup pd hari Isnin..dan aku juga tak mahu ambil risiko kunci itu hilang..jadi..aku desak2 my mak untuk anto aku ke Selangor darul Ehsan..ambil kunci dan beli tiket tg karang-johor..

ala dekat je pahang selangor.. 3++ jam..hehe..

so bye2 my cats.. 

si tua ching2

si gemuk chingchik

sampai di rumah nenek aku bersalaman dan tanya khabar kunci kesayangan..beliau sihat disamping nenek..

kunci tersayang yang buat aku gundah gulana...

kelegaan yang tak boleh diungkapkan melalui kata2 bila kunci tu ada kat telapak tangan aku. ada hikmah juga lah bila balik kampung atuk dan nenek bagi makan banyak2 dan mungkin mereka bahagia melihat cucu yang gemuk.. okeh setelah siap makan2 aku dihantar ke stesen bas yang sunyi sepi dan double triple check memastikan kunci itu ada pada aku..

nenek yang tidak mahu pandang kemera di belakang

nenek yang menemani aku menunggu bus 
manakala atuk berbual kosong dan mama bermain mesej..

oh kembali semula ke tajuk entri setelah mengarut dengan panjang lebar.. aku kini dah berada di UTM.. masih di KTF dan esok akan berpindah ke KTR. KTF, i'll mish u :')

sedang menanti Mimie Amirah, Puteri Izzati dan Nur Syahirah pulang ke UTM.. 
err. ini sahaja mengenai UTM sanjungan bangsa..:))

ok sekian..assalamualaikum (^_^)

Thursday, May 12, 2011

.DERITA MERINDU.



Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya…bagaimana nak bahagia


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia..bagiku
Kaulah derita..bagimu
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu