Sunday, April 7, 2013

Rumah Manis Rumah

Assalamualaikum.

Setelah mengalami sakit rumah yang teruk, saya sampai juga di rumah manis rumah. Ayat seolah-2 digoogle-translatekan, tu lah akibat selalu berkawan baik dengan google translate. Baru hantar adik balik asrama, goreng pisang yang ditelan pun rasa tawar. Hilang selera untuk malam ni. Jangan risau, hilang selera saya hanya bertahan selama beberapa jam. haha.

Banyak esaimen untuk dibuat, macam tak menang tangan tapi nak duduk rehat-2 jugak. Siapa-2 yang terror C++ or Matlab boleh tolong ajar? haha seolah-2 buat announcement dalam diari kan, no one will aware lah. Baeek. I'll think of another way. Later.

Balik ni aku mengidam nak makan kek cheese dengan puding roti, nak suruh mama buat. Tapi mama suruh aku buat sendiri. Takpelah, kita tengok lah hasil air tgn aku, selalunya tak menjadi haha. Sian kan. Haha takpe kalo tak sedap bagi kucing taman perumahan makan, dia pon teringin nak rasa kek cheese.

Ayah pon dah balik Kuantan. Petang tadi dia ada pesan suruh aku vacuum kereta dia. Malangnya aku lupa dan masuk bilik online. Mujurlah dia tak sedar, dan harap2 dia pun lupalah dia ada suruh aku vacuum kereta. hehehe.  Takmo vacuum kereta, nak tido. zz.

See you next week! before kak mimi balik. 

Lately there's something that hurt me much. The wound won't seem to heel, don't know why. Somehow the change is strange for me too.

Waiting for calm after storm :)

KTF night

Assalamualaikum.

Just a short pic-entry on KTF dinner. Tema Floral of the Garden.





Roommate in our sweet room hehe. koya


Tak dapat cabutan bertuah pon. :') Memang tak bertuah mungkin. Dapat lemak semata. (6_^) 

Wednesday, April 3, 2013

Thursday, March 28, 2013

DOE


Kelas Design of experiment,  (^_^)y

TEST is STRESS

Assalamualaikum.

Kenyangnya hamba, mee rojak bersama sup daging dan karot susu untuk juadah berbuka. No wonder lah mokmok kan hehe. Lepas makan, singgah berkarokey di U-Mall selepas tensi dengan test Inf Stat petang tadi. Isnin dan Selasa ni Optimization dan Etika pula bakal membingungkan. Sesungguhnya test-2 ini menyebabkan MoodSwing wahai UTM sanjungan bangsa. Can't wait untuk menunggu berlalunya minggu2 test.

Weekend ni ada dinner KTF, tak tahu lagi nak pakai apa, rasa nak pakai baju kurung gi kelas je. Tema flower garden hakhak baju aku takde yang garden, orchard  ada lah haha. takpelah aku dah tekad nak makan banyak2 untuk dinner nanti, baru berbaloi kan. Makin mokmok lah haha. Nak wat camne kan. Aku rasa aku dah disumpah untuk jadi gemuk, *salahkan orang lain* hehe.

Saya juga telah mengalami sakit rumah, tiada ubatnya melainkan pulang ke Temerloh sana. Tiket dah dibeli, 8.30 pagi jumaat. Tak sabarnya. Semoga selamat sampai dna selamat pulang. Oh lupa, masuk duit MARA bulan depan aku nak tengok wayang, nak makan kepsi, nak makan asam pedas, dan beli tudung. Hihi nafsu membeli belah yang membuak akibat penjimatan bulan ni.

                           People come and go, don't give too much and live on :)