Friday, April 29, 2011

.REDHA.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, 
pasti akan Allah tunaikan.
Namun apa yang memang bukan milik kita,
 ia tidak akan mungkin kita miliki, 

walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, 
walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya.
Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka,dan sebagainya. 
Tetapi dia bersyukur kepada Allah 
dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT,
ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, 
malah yangterjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, 
maka kita mesti tetap ikhlas.. 
Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, 
dengan redha yang tidak terhitung. 
Hidupnya hanya untukNya. 
DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup.. 
Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.


Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu.. 
Kerana, ia memang bukan milikmu..
Maka, bersihkan hatimu,ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya.
Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba.. 
Moga kita lebih kuat dan dekat
kepadaNya.


Ameen Ya RABBal 'Alameen.

SOURCE: halaqah.net

assalamualaikum smua.. da redha? hehe. hm aku baru lepas test MATHEMATICAL METHOD II.. maybe bg certain2 org rasa sng tp aku rasa  susah.. susahh :( subjek ni lbeh kuang macam ENGINEERING MATHEMATIC yg  bdk2 engineering amek ( bukan lbey kuang..mmg sama kot..hehe ).. dan aku sebakk.. x leh wat exam td :( hmm..nak tahu seteruk mana tggu result kluar nnti.. (-_-").. tapiii.. kalau bukan rezeki aku untuk skor..aku kena redha.. ni  yg Allah da tetapkan sejajar dgn usaha aku..alhamdulillah.. 

ok.. nk rest dan lupakan kesebakan \(^_^)/

tata..

Monday, April 25, 2011

.PETUA BERSIHKAN HATI.

assalamualaikum dan hai...jom usha cara2 nak bersihkan hati..
_________________________________________________________________
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – 
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur –
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – 
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran –
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari –
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif –
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – 
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati -
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – 
jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pancaindera
(mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat(ehemm..hehe).
source : feryco.com
________________________________________________________________
ape yang aku nak highlight kan kat sini ialah point 12..iaitu belanja orang makan...thanx fatin nadiah belanja aku makan tghri..++ syg bila die blnja ayam penyet kegemaran aku., Oo em jee ayam penyet sedap hingga menjilat tapak tgn!  kalo x belanja x makan tghri la aku   ( tp makin gemuk..sgt.. ) ..maklum lah ujung2 bulan ni sgt pokai..sobss..btw thanx aten! :)
ehh..jom sama2 kita usaha bersihkan hati :)
tata..assalamualaikum..

Saturday, April 23, 2011

.KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK.



ASSALAMUALAIKUM.. :)

nak share1 artikel bertajuk KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK yang dipetik dari iluvislam..selamat membaca!

_________________________________________________


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.


Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.


Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.


Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.


Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.


Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.


Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.


Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.


Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.


Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.


Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.


Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.


Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.


Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.


Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.


Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.


Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


_____________________________________________________


so kawan2.. jom kita bykkan zikir.. :) bukan time nak dekat2 exam je.. tp kita try jadikan amalan seumur hidup..nanti at the end kita tgk hasilnya..kalo x nampak kat dunia maybe ganjarannya kat akhirat sana :)

selamat mencuba :)

assalamualaikum..

source : iluvislam

.JANGAN BERKECIL HATI.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Jangan berkecil hati jika engkau bukan pilihan utama manusia, 
asalkan engkau adalah pilihan utama Allah. 

Jangan berkecil hati jika engkau tidak dicintai manusia, 
asalkan engkau dicintai Allah. 

Jangan berkecil hati jika engkau tidak dipandang manusia, 
asalkan engkau dipandang Allah. 

Jangan berkecil hati jika engkau bukan kerinduan manusia,
asalkan engkau dirindui Allah. 

Jangan berkecil hati jika engkau dipinggirkan manusia,
asalkan engkau tidak dipinggirkan Allah.

Jangan berkecil hati jika engkau dihina manusia, 
asalkan engkau tidak hina di sisi Allah. 

Jangan berkecil hati jika engkau tidak dihargai manusia, 
asalkan engkau berharga pada pandangan Allah. 

Jangan berkecil hati jika engkau tidak mulia di mata manusia, 
asalkan engkau mulia di bawah duli keagungan Allah.

Jangan berkecil hati.. jangan sekali-kali berkecil hati kerana engkau tidak dilahirkan untuk berkecil hati tetapi engkau telah dilahirkan dengan jiwa yang besar, tabah menghadapi segala keperitan hati dan perasaan.

SOURCE : SURIUMMAH

.FRIENDS.

DEAR FRIENDS..


do you know that..


and 


friends...always remember that..


appreciate ur friends because..



terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik.. :)




Thursday, April 21, 2011

.FINAL.

assalamualaikum..

hai.. sekarang ni tengah study week..semua orang study, study dan study..


aku?tido...tido..dan tido..sobss..yelah. nak menjelang exam ni.. hati x tenang lah..tido pon x lena..mandi pon x basah..makan pon x kenyang (kau kuat makan mmglah kau x kenyang)..tido mmg selalu dgn buku.. yela..nk bg cepat ngantuk..baca x sampai 5 minit pon da lena.. bila bgn o emjee buku da jd cam newspaper, berkedut sana sini. 

tips2 exam? 
hm aku ni bukannya hebat pon sampai nak bg tips2 ni.. tapi nak share la jugak sket2 ape yg aku selalu wat nak exam ni..n share2 ape yang kwan2 selalu nasihat aku..

1) dekatkan diri denganNya

yela..mende ni sgt common tp dlm masa yg sama sgt penting.. ada kawan aku pesan amalkan baca surah al-Lukman kalo nak dekat2 exam.. jom kite sama2 amalkan pasni =) sebab..aku yakin result semua tu rezeki dari Allah..

sesungguhnya Allah SWT berfirman :


[Yaasiin:82]

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


so.aku yakin lepas da usaha sume tu..yang tolong kita time exam tu Allah SWT..semuanya akan berjalan lancar dengan pertolonganNya..tp bila kita dah usaha2 n result yg kuar tu x setanding dengan usaha kita.. jgn give up sbb semua tu bukan kegagalan tp kejayaan yang tertunggak =)

2) banyakkan luang masa dengan kawan2

ehh..orang study ko nak lepak dgn member2? hehe. xla.. maksud aku spend dgn kawan2 ni bukan duduk saje. tp duduk stdy same2. yelah.. kgkdg kita baca buku n kita paham. tapi kdg2 ape yg kita phm tu bukan btul pon sbnrnya.. sbb tu lah kita perlu dok dgn kgkwn untuk confirmkan kefahaman kita tuh. 

tambahan pula (ececehh..) , notes2 korang (notes aku sbnrnya) mesti ada kekurangan, so boleh la rujuk2 notes member yang lg kemas n berkualiti. Pastu, kalo duduk dgn kengkawan kita leh tanya dorg ape yang kita x paham n dorg pon leh tanya kita. bila dorg tanya kita, mesti kita akan sungguh2 cari camne nak selesaikan soklan tuh walaupon asalnya kita mmg malas nak stdy pasal mnde tuh. c, byk kan benefit die.

p/s : kawan2, i <3 u.. thank u..

3) banyakkan wat soklan

ni untuk pemalas cam aku..aku mmg malas nak membaca..keje2 membaca ni aku wat sebelum tido je.. tu pon kalo terbuka hati..hehe.. sbnarnya wat soklan ni membantu kita tambah speed bila jawab exam nnti.. sbb kita da familiar dgn soklan sume tuh.. pastu.. bila kita wat soalan ni, kita akan dapat tahu yang kita paham selama ni betul ke x sbb kita leh cek jawapan. kalo betul tu, betul lah kan..incase x de jwpn..kita cek dgn kawan2..

4) baca doa byk2 sebelum jawab exam

haa.ni pon ada kaitan dgn num 1.. tapi bg aku la.. kalo baca2 doa n mengingati yang Esa beberapa ketika sebelum jawab exam dapat mengurangkan debaran..tu bg aku lah x tau lak bg yang lain macam mana.. =)

ok.. tu je.. banyak lagi yang leh amalkan..leh la google2 tp nk amalkan tuh problem..ha..lepas da cuba semua ni kita tawakal, berserah diri setelah usaha sungguh2. segala result yang keluar tu rezeki yang Dia bagi pada kita..kita kena bersyukur walaupon yg kita dpt tu x macam kita idam2 kan sbb nya ramai lagi orang yang tidak bernasib baik..kan? alhamdulillah..

gudluck 4 final examination..
jawab elok2 ..
elakkan careless ( cam aku selalu amalkan )..
maaf zahir dan batin..
sekian..

assalamualaikum..

Thursday, April 14, 2011

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.